26 September 2008

ZAHIDI: KEPUTUSAN MT ADA MUSLIHAT

Abdul Rahim Sabri & Muda Mohd Noor Sep 26, 08 8:07pm

Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin tidak bersetuju dengan keputusan menunda mesyuarat agung tahunan Umno ke tahun depan dan menyifatkan langkah itu "bermuslihat."

Keputusan itu dilaporkan bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.Tiada tarikh baru bagaimanapun diumumkan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) pagi ini. Pelan awal peralihan kuasa dirancang pertengahan 2010.

Zahidi, yang juga timbalan ketua perhubungan Perlis, menambah beliau tidak faham kenapa penangguhan itu dibuat kerana masa antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh."Sepatutnya kalau nak tunda, tunda dengan (mesyuarat) bahagian sekali.

Saya tak faham kenapa buat begitu. "Seolah-olah ada muslihat tertentu," kata Zahidi kepada Malaysiakini.Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut maksud muslihat tersebut.

Sementara ketua perhubungannya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perubahan pucuk pimpinan dalam Umno tidak menjamin parti akan menjadi kuat.

- Malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive