KOTA BHARU:Tempoh dua bulan akan datang menjelang hari Raya Aidiladha kini menjadi sasran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru Persekutuan?
Sasaran hari raya Korban pula dibayangkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.
"Sasaran 16 September, ia masih landasan. Tak minggu ini, minggu depan. Jangan bimbang satu dua tahun berlaku."
"Mungkin sebelum Hari Raya Haji," kata beliau yang juga ketua pembangkang pada ceramah di Padang Perdana di sini.
Ini kali pertama Anwar mengadakan ceramah sejak dipilih sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.
Anwar diminta oleh kira-kira 12,000 hadirin sebab sasaran 16 September gagal dikotakan.
Apabila hadirin bersorak "jawab, jawab", Anwar memberitahu, sasaran 16 September memang menjadi, tetapi Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi enggan menemui Pakatan Rakyat dan menolak permintaan sidang khas Parlimen pada 23 September lalu.

Anwar sekali lagi mendakwa mempunyai jumlah wakil rakyat yang mencukupi di samping mahu mengikut lunas Parlimen untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional. - mStar
No comments:
Post a Comment