29 October 2008

KIT SIANG GESA AZMI TARIK DIRI DARIPADA INKUIRI EUROCOPTER - malaysiakini

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid supaya menarik diri daripada inkuiri terhadap urusan melibatkan Eurocopter.
Lim, yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur berkata beliau membuat gesaan itu memandangkan Azmi menganggotai Kabinet yang membuat keputusan untuk menggantikan helikopter Nuri dengan pesawat jenis baru pada 18 Julai 2007.
"Inilah apa yang saya panggil khalwat politik...Saya fikir beliau patut biarkan timbalan pengerusi Tan Seng Giaw mengambil alih tugas itu," katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen di sini.
Lim juga berkata PAC sepatutnya menjalankan siasatan penuh terhadap kejadian nahas helikopter Nuri sejak 40 tahun lepas bagi mengetahui kenapa kadarnya begitu tinggi berbanding di negara lain.
Kata Lim, beliau gembira apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta PAC meneruskan siasatannya terhadap urusan melibatkan Eurocopter.-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive