08 November 2008

KES KHALWAT NORMAN - MEMEY: ABBY TEKAD UNTUK BERCERAI - malaysiakini

Oleh WAHIDA ASRANI
PETALING JAYA: Biar apapun usaha dibuat oleh aktor popular Norman Hakim untuk menjernihkan semula rumahtangganya bersama pelakon dan bekas penyanyi, Abby Abadi yang sedang bergolak ketika ini, aktres itu tetap dengan niatnya untuk meneruskan perceraian.
Norman malam tadi telah menunaikan solat hajat dan istikarah di Masjid Nur Hidayah, Kampung Pandan bersama abangnya, Mohd. Sophie, 44, sepupunya, Raizan Abd Razak dan beberapa jemaah lain di situ.
Kesungguhan yang ditunjukkan pelakon popular drama bersiri Gerak Khas itu mengadakan solat hajat untuk memohon hidayah daripada Allah agar rumahtangga mereka dapat kembali tenang seperti sediakala dianggap Abby satu tindakan yang baik sebagai seorang umat Islam.
Namun begitu, tegas Abby, pendiriannya untuk bercerai tetap lagi sama seperti sebelum ini.
"Saya sudah penat untuk bercakap tentang hal ini. Terserahlah kepada dia (Norman) apa saja yang dia ingin buat. Saya sudah penat dengan semua ini.
"Walau apapun yang dia ingin lakukan, saya tetap dengan niat saya untuk bercerai. Kalau boleh selepas ini, saya tidak mahu lagi komen tentang hal ini. Saya minta maaf, ye," kata Abby ketika dihubungi tadi.
Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Isnin lalu setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.
Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila tidak lama dulu Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.
Namun, aktor itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira tiga minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.
Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey.
Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi. -- mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive