24 March 2009

Demokrasi Tahi Kucing - malaysiakini

Berita pagi ini (24hb Mac 2009) bukanlah berita yang menggemparkan tetapi berita yang mengesahkan bahawa Najib Tun Raza akan mengikut jejak langkah Mahathir Mohamed dan memperkenalkan pemerintahan ala-kukubesi.
Harakah dan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan secara serta merta dengan alasan paling lemah iaitu didapati menjualkan kepada orang awam.
Siapakah yang nak menentukan bahawa Akhar-Akhbar PAS dan Parti Keadilan Rakyat itu dijualkan kepada orang awam dan bukan kepada ahli-ahli?
Beberapa minggu yang lepas naskhah-naskhah Harakah dan Suara Keadilan telah dirampas dari gerai-gerai penjual akhbar. Maka, adakah kerana dijual melalui gerai-gerai itu boleh dicop sebagai dijual kepada Orang Awam dan bukan kepada ahli-ahli PAS dan KeADILan?
Harakah dan Suara Keadilan bukanlah surat khabar haram yang mesti dijual secara rahsia dan tidak boleh dijual kepada ahli-ahli melalui gerai-gerai surat khabar.
Adakah Malaysia ini sudah menjadi seperti Korea Utara atau China yang mana parti-parti pembangkang hanya boleh bergerak secara gerakan bawah tanah melalui cell-cell? Bahkan di Negara China yang mengamalkan sistem Sosialis di bawah pemerintahan Parti Komunis itu juga sudah membuka ruang demokrasi.
Malulah Malaysia ini jika dibandingkan dengan Indonesia, sebuah negara jiran, yang pernah dilanda pemerintahan diktatur dibawah Suharto kini menjadi sebuah Negara Demokrasi yang boleh menjadi contoh kepada negara-negara demokrasi di Dunia Ketiga.
Mungkin, demokrasi di Malaysia ini dapat disamakan dengan Demokrasi di sesetengah Negara Afrika, namanya demokrasi, tetapi semua kebebasan disekat, termasuklah kebebasan berpesatuan, bergerak, berinformasi, jauh sekali untuk mengadakan perhimpunan dan demonstrasi.
Ada juga negara-negara yang dipanggil demokrasi, tetapi hanya satu parti sahaja boleh ujud di Negara itu dan pilihanraya hanyalah untuk parti itu sahaja.
Malaysia sudah tidak jauh dengan keadaan-keadaan "kukubesi" itu kerana disini sudah banyak perkara yang tidak boleh daripada yang boleh. Senarai-senarai yang tidak boleh dilakukan oleh Pembangkang kini termasuklah:
(a) tidak boleh mengadakan perhimpunan
(b) tidak boleh mengadakan demonstrasi
(c) tidak boleh mengadakan ceramah di Dewan-Dewan
(d) tidak boleh mengadakan ceramah di luar bangunan
(e) tidak boleh mengadakan ceramah di tempat awam
(f) tidak boleh menggunakan kemudahan televisyen
(g) tidak boleh menggunakan kemudahan akhbar
(h) tidak boleh mengeluarkan surat khabar
(i) tidak boleh mengkritik dan membangkang kesalahan pemimpin-pemimpin besar UMNO
Sebaliknya, UMNO boleh melakukan apa saja, bahkan UMNO menyalahgunakan kuasa untuk tujuan politik, untuk tujuan memperkayakan kroni-kroni, menyalahgunakan perkhidmatan televisyen dan akhbar-akhbar.
Ruang untuk demokrasi sudah sangat disempitkan, seolah-olah demokrasi itu hanyalah dimaksudkan sebagai Pilihanraya Umum 5 tahun sekali dan didalam Pilihanraya itu pula UMNO/BN menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan projek-projek "mee segera", menyalahgunakan peruntukan Kementerian-Kementerian, menyalahgunakan kedudukan sebagai pemegang jawatan Menteri-Menteri, menyalahgunakan alat dan peralatan Kerajaan dan menyalahgunakan pegawai-pegawai kerajaan, memperkudakan SPR, Polis dan Pegawai-Pegawai Kerajaan.
Inilah dinamakan demokrasi tahi kucing. Kenapa tahi kucing? Kalau demokrasi itu bersamaan dengan tahi kucing, baunya ada, kuat baunya, tapi sangat busuk dan jijik. Itulah demokrasi yang kini diperkenalkan di Malaysia.
Negara demokrasi memberi kebebasan untuk parti-parti politik mengeluarkan akhbar sendiri. Di United Kingdom, umpamanya, semua parti-parti politik yang besar dan yang kecil, boleh dengan bebas mengeluarkan akhbar masing-masing untuk menemui rakyat, bukan sekadar untuk menemui ahli-ahli. Parti-parti komunis pun dibenarkan mengeluarkan akhbar mereka.
Disana ada Parti Komunis Great Britain, ada Parti Komunis Trotskyite, ada Parti Komunis Marxist-Leninist, ada Parti Komunis Marxist-Leninist-Mao Tzetung Thougt, semua parti-parti nyamuk itu boleh mengeluarkan akhbar masing-masing. Parti Boroh ada The Guardian dan Parti Tory (Conservative) ada Daily Telegraph. Semua akhbar-akhbar ini boleh dijual kepada orang awam.
Pemimpin-pemimpin BN ini masih berfikiran kolot, mereka tidak wajar hidup dizaman moden ini kerana pemikiran mereka masih feudal, dan sebagai berjiwa feudal mereka masih berpegang kepada falsafah bahawa hanya mereka sahajalah yang boleh melakukan apa saja, dan pihak lain tidak ada hak mendapatkan kebebasan yang ditawarkan oleh demokrasi.
Mereka berhujah bahawa tidak ada demokrasi yang mutlak. Yang dipinta oleh Pembangkang sekarang ini bukanlah demokrasi mutlak atau absolute democracy, tetapi hanyalah perkara-perkara yang menjadi elemen kepada roh demokrasi itu, dan secara mudahnya, persamaan kebebasan diantara mereka dan BN, tidak lebih tidak kurang.
Kebebasan itu tertakluk kepada undang-undang. Maka apa juga perkara yang melanggar undang-undang menjadi bahan tindakan undang-undang untuk diselesaikan di Mahkamah. Bukan dengan cara mengharamkan rapat umum, perhimpunan, demonstrasi, surat khabar dan sebagainya.
Amat malang bagi demokrasi apabila undang-undang yang diperkenalkan di Malaysia merupakan undang-undang yang menghalang demokrasi seperti ISA, Akta Hasutan, Akta Printing Press, Undang-Undang Rahsia Rasmi, Akta Unversiti dan Kolej Universiti, Akta Polis (khususnya Seksyen 27(2)) dan sebagainya.
Disamping undang-undang yang menyekat kebebasan itu, terdapat pula badan-badan kerajaan yang diharapkan belaku adil dan telus tetapi telah disalahgunakan oleh UMNO/BN seumpama SPRM, SPR dan PDRM.
Demokrasi tahi kucing ini adalah kesilapan besar yang tidak mengajar rakyat tentang kehidupan moden dan betemaddun dan membantutkan pemikiran dan akan menjadikan Negara ini sebagai Negara yang lemah, dimana didalamnya akan berlaku rasuah yang bermaharaja lela, penyalahgunaan kuasa yang melampau-lampau, dan akhirnya rakyatnya akan menjadi kambing yang hanya tahu mengembik (mengiyakan) walaupun sampai ke peringkat untuk disembelih.
Rakyat yang insaf dan sedar kena bersatu untuk menentang habi-habisan demokrasi tahi kucing ini.
Say NO TO NAJIB

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive