darmasatria writes "Memang benar Khairy menang dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Memang benar dia bersalah kerana mengamalkan rasuah politik. Memang benar hukuman yang membenarkan dia bertanding itu double standard jika dibandingkan dengan hukuman terhadap Ali Rustam.
Memang benar Pemuda UMNO berketuakan seorang perasuah. Memang benar Ketua Pemuda UMNO itu tidak diberi tempat dalam kabinet. Memang benar Khairy tidak akan mempunyai cukup wang untuk menjayakan cita-cita politiknya, kecuali dia memperoleh sumber kewangan melalui jalan gelap. Kesemua kebenaran ini akan meminggirkan Khairy daripada arus perdana politik Malaysia.
Pada hakikatnya, sebagai Ketua Pemuda UMNO, Khairy hanya mendapat 1/3 sokongan perwakilan. 2/3 lagi sama ada menyokong Mukhriz atau Khir Toyo. Situasi ini menyukarkannya membentuk perpaduan dalam pergerakan itu. Penyokong Mukhriz yang marah tidak mungkin menyokongnya. Dia dilaporkan cuba berkempen di Bukit Selambau, tetapi balik kosong kerana tiada siapa yang melayannya. Penyokong Khir Toyo pun tidak akan menyokongnya. Supaya kelihatan neutral, dia meminta bantuan Ketua Perhubungan UMNO Negeri-Negeri untuk menamakan Ketua Pemuda UMNO Negeri masing-masing. Khairy perlu ingat bahawa semua Ketua Perhubungan UMNO Negeri yang dilantik oleh Najib tidak lagi pro-Abdullah.
Jika kepercayaan diberi kepada ketua perhubungan negeri 100%, beberapa situasi mungkin berlaku. Pertama, semua ketua pemuda negeri terdiri daripada penentang Khairy. Kedua, semua ketua pemuda negeri terdiri daripada penyokong Khairy. Ketiga, majoriti ketua pemuda negeri terdiri daripada penyokong Mukhriz dan Khir Toyo. Keempat, ketua pemuda negeri terdiri daripada 1/3 penyokong Khairy, 1/3 penyokong Mukhriz, dan 1/3 penyokong Khir Toyo. Biar bagaimana pun bentuk ketua pemuda negeri yang terlantik; Khairy, Pemuda UMNO, dan UMNO secara keseluruhannya akan tergugat. Perpaduan yang diidam-idamkan dalam pergerakan itu akan tinggal sebagai ilusi.
Sehubungan itu, perubahan tidak akan terjadi dalam pergerakan yang menjadi tulang belakang UMNO itu. Harus diingat bahawa fenomena itu akan menjejaskan kedudukan UMNO di mata rakyat.Rakyat sedang memerhati dan meneliti hal ini. Perpaduan yang tergugat dan ketidakhadiran dana yang mencukupi akan menyulitkan kerja Khairy sehingga pada satu peringkat menjadi kritikal dan terhenti, kecuali dana untuk rakyat dicuri.
Telahan ini dibuat berdasarkan kedudukan Khairy sebagai ahli parlimen biasa. Menurut amalan biasa dalam UMNO, tiada sesiapa pun akan bekerja untuk parti itu tanpa mendapat imbuhan. Inilah penyakit yang sengaja ditempah oleh UMNO. Materialisme menjadi raja yang maha berdaulat lantaran UMNO sendiri yang memilih menjadi hamba wang.
Berbekalkan situasi yang tidak sedikit pun bersimpati kepada UMNO itu, mampukah mereka mewujudkan daya tarikan bagi memujuk golongan muda yang majoritinya terpelajar dan terdedah kepada pelbagai maklumat dalam dunia tanpa sempadan sekarang ini? Keadaan menjadi semakin parah jika program yang dilaksanakan itu sejajar dengan pandangan Khir Toyo, iaitu "kita tidak ada program yang menyebabkan mereka (golongan muda) berasa terhutang budi kepada kerajaan".
Sejauh mana Pemuda UMNO khasnya dan UMNO amnya mampu menghindar daripada mengungkit setelah menunaikan janji, memberi kepada yang berhak atas kapasiti tanggungjawab, dan melaksanakan tanggungjawab tanpa mengharapkan balasan akan menjadi kayu ukur sokongan rakyat dan sokongan golongan muda kepada UMNO.
Khairy perlu berwaspada agar tidak melakukan kesilapan yang disengajakan oleh Muhyiddin sehingga orang bukan Melayu marah kepada UMNO-BN!!! Golongan muda di Malaysia memang menaruh syak wasangka terhadap UMNO yang kelihatan gila kuasa dalam kes DUN Perak. Lihat sahaja undi yang diberi kepada pembangkang oleh golongan tersebut dalam PRU Ke-12 dan 4 PRK di Semenanjung. Dan pastinya anda tidak lupa kegagalan anda menawan Kelantan dan hanya berfungsi sebagai liabiliti UMNO dalam keempat-empat PRK yang dinyatakan itu.
No comments:
Post a Comment