26 April 2009

MANOHARA - Model Indonesia di majlis perkahwinan anak Datuk Husam







KOTA BHARU - Desas-desus kononnya model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, 17, mengalami penderaan emosi dan fizikal selepas menjadi isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry nampaknya tidak berasas.


Pasangan diraja itu yang kelihatan begitu mesra berpegangan tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa di sini semalam.

Pasangan diraja itu hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Husam, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota di sini pada pukul 1.40 petang. Kehadiran mereka menarik perhatian orang ramai pada majlis tersebut.

Kemunculan Manohara sekali gus menangkis beberapa laporan akhbar harian Indonesia baru-baru ini yang mendakwa model jelita itu telah didera di dada oleh suaminya yang merupakan seorang kerabat Diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.

Kosmo! pada 22 April lalu melaporkan kenyataan yang dibuat oleh ibu model itu, Daisy Fajarina kepada akhbar harian di Jakarta yang mendakwa anak perempuannya itu mengalami penderaan fizikal dan emosi selepas menjadi isteri anak raja itu.

Pelakuan itu didakwa dilakukan sejurus selepas pasangan itu mengerjakan umrah pada bulan lalu, namun Istana Kelantan menafikannya malah memberitahu bekas model muda itu sangat bahagia bersama suaminya.

Ibu Manohara juga membuat tuduhan terbuka dengan mendakwa dihalang daripada melawatnya anaknya di negara ini ekoran larangan Jabatan Imigresen yang kononnya memenuhi permintaan pihak Istana Kelantan. - Kosmo

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive