06 April 2009

Pakatan Rakyat yakin menang

Monday, 6 April 2009 •

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 6 April (SK) : PELUANG kemenangan bagi Pakatan Rakyat amat dirasai di ketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil kali ini dengan jangkaan peratusan yang sentiasa melonjak naik di hari-hari terakhir kempen yang menampakan dan perkembangan begitu positif.

Di Dun N25 Bukit Selambau mencatatkan peratusan positif kerana gerak kerja yang mantap oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan Wanitanya yang begitu gigih memrangi pengundi hantu dan pengundi muda atas pagar.

“Keadaan yang ceria, meriah dan diterima baik degnan sambutan hangat oleh semua pengundi apabila ceramah dan lawatan rumah ke rumah yang diadakan oleh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim di sini,” jelas Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua kepada Suara Keadilan.

“Rata-rata menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan amat gembira dengan kedatangan Anwar yang meluangkan masa untuk menziarahi mereka,” jelas Tian.

Beliau menjangkan bahawa seramai 10,000 orang akan hadir untuk mendengar ceramah perdana yang akan di samapaikan oleh Anwar di Padang Lalang pada malam ini.

Ketua Wanita KeADILan Zuraidah Kamaruddin menjangkakan sebanyak 10 peratus pengundi muda atas pagar akan mengundi calon Pakatan Rakyat S Manikumar esok.

Laporan dari Dun P59 Bukit Gantang menyatakan bahawa Ketua Umno Cawangan Temerlok, Kampung Tengah, Trong, Md Desa Din, 72, telah membawa seramai 50 bekas ahli Umno untuk menyertai Pas.

“Beliau yang selama lebih 20 tahun menjadi ahli Umno namun tiada apa-apa perubahan yang dapat dinikmati di Kampung Tengah ini,” jelas Pengarah pilihanraya Pas Asmuni Awi.

“Perkembangan positif ini telah menaikan peratusan undian berpihak kepada calon Pakatan Rakyat Mohamad Nizar Jamaluddin dan juga cara gerak kerja Pemuda, Wanita dan Angkatan Muda Pas yang cemerlang yang berjaya mendapat sokongan dari pengundi atas pagar, pengundi muda dan pengundi Cina,” kata Asmuni.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang di terima oleh pasukan gerak kerja Pas, suasana ceria dan amat diterima baik dari setiap pengundi yang di temui di kawasan P59 ini,” tambah Asmini.

Manakala di Dun N29 Batang Ai, Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Batang Ai Dominique Ng melaporkan telah menampakan banyak tanda-tanda positif di kalangan pengundi Cina seramai 300 orang yang memihak kepada calon Pakatan Rakyat Jawah Gerang.

“Pengundi di sini sudah mulai sedar apabila mengikuti ceramah dan ucapan Anwar dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang datang berkempen disini,” jelas Dominique kepada Suara Keadilan.

“Kesibukan mulai terasa bila ramai yang berkunjung di bilik gerakan Pakatan Rakyat oleh pengundi-pengundi Iban di sini,” tambah beliau.

Domimique berkata, lawatan Khalid hari ke rumah-rumah panjang amat diterima baik dan memberi sambutan hangat kepada rombongan Pakatan Rakyat. Pengundi juga menampakan kesederan yangn positif,” kata beliau.

Lawan tetap lawan, kata beliau mengakhiri laporan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive