10 June 2009

Antara dilema Umno, Husam dan ahli PAS

Oleh Samsuri Roslan @ TMI

SHAH ALAM, Jun 10 — Isu kerajaan perpaduan yang dianjurkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang timbul kembali dalam muktamar PAS ke-55 yang baru selesai. Idea kerajaan perpaduan oleh Presiden PAS ini mendapat reaksi positif daripada Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohd Daud Iraqi dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

Dalam suatu kenyataan kepada media, Nasrudin dalam apa juga pendekatan atau gagasan yang dikemukakan oleh kepimpinan parti atau oleh presiden jika ia menjadi keputusan syura, keputusan bersama kepimpinan parti maka semua pihak mesti mendokong kerana akhlak kita berjemaah dan adab kita berjemaah mesti mendokong gagasan yang telah diputuskan oleh pimpinan parti. “Jika bukan kita siapa lagi yang mahu mendokong gagasan itu”.

Selain daripada ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang menyokong idea kerajaan perpaduan ini, presiden PAS pula yakin akan tiba masanya gagasan yang dicetuskan itu akan diterima sepenuhnya oleh semua pihak.

“Saya akui gagasan ini terlalu awal dan ia memerlukan huraian yang banyak. Satu hari nanti kita akan terima hakikat akan tiba masanya apa yang ditolak hari ini akan ditinggalkan selama-lamanya,” kata Abdul Hadi.

Mereka mengambil contoh kerajaan perpaduan yang pernah dianjurkan oleh Negara Afrika Selatan dan Indonesia satu ketika dahulu. Idea Ahdul Hadi ini boleh menjadi relevan di dalam situasi kerajaan BN yang kini menghadapi kegawatan ekonomi dan politik.

Bagaimanapun idea kerajaan perpaduan ini ditolak dan dikritik keras oleh para perwakilan termasuk Musryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Contohnya, Perwakilan PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah ada menyebut Umno sebagai spesis `tikam belakang’. Ahli dan pemimpin Umno tidak boleh dipercayai seratus peratus dan perlu dikuburkan.

Hampir seratus peratus para perwakilan yang membahaskan usul ucapan dasar ini melihat Umno wajib ditentang, tiada kompromi di samping kritikan “kesat” dan berbaur provokasi.

Malahan Mentri Besar Kelantan sendiri yang disifatkan sebagai tokoh agama yang cukup popular dan dihormati serta ditaati oleh pendokong parti ini tetap dengan pendirian bahawa mengundi Umno adalah berdosa!

Begitu juga dengan Muhamad Daud dan Abdul Hadi sendiri. Muhamad Daud masih menyebut kenyataan Nik Aziz dan Abdul Hadi mengenai “kebejatan” Umno. Secara tersirat dia menyebut keperluan dakwah yang berterusan kepada golongan fasik dan jahat ini sehingga menerima hidayah daripada Allah SWT.

Abdul Hadi sendiri dalam ucapan dasarnya menyebut Umno masih meneruskan undang-undang penjajah yang zalim seperti ISA, OSA, AUKU, Akta polis, Akta Penerbitan, Akan Mesin cetak dan sebagainya.

Abdul Hadi menyebut ia telah berjaya digunakan sebagai senjata untuk mengekalkan kuasa pemerintahan Umno dan BN, melindungi kezaliman dan penyelewengan secara undang-undang dan juga menghakiskan amalan demokrasi, bukannya menjaga keamanan dan keselamatan Negara. - seterusnya

2 comments:

Zorro said...

Salam, apa yg diperkatakan Nasha adalah benar. TGNA tidak hadir dalam mesy. bersama Majlis Syura mengenai keputusan perundingan dgn UMNO yg telah dipengerusikan oleh Timb.Murs.Am ketika itu. Sila semak perkara ini. Presiden dan Timb. sebenarnya mengambil keputusan Majlis Syura bukan pendapat peribadi beliau dan TGNA sebenarnya melontarkan pendapat peribadi. Cuma sekarang ini yg mana keputusan yg lebih tinggi adakah Majlis Syura atau Murs.Am?
Kalau Murs.Am bermakna PAS adalah parti diktator. Sekian.

suprie08 said...

Kerajaan perpaduan yg dicipta olih hj hadi telah menaikan saham umno kepada rakyat ,Pas telah lama berjuang tapi sekadar hidup dikelantan dan sedikit dinegeri tertentu ,Tapi allah telah menolong Pas dipilihanraya umum yg lalu dgn kedah ,perak,selangor pas dapat mejadi menteri besar dan exco dan kalau kita lihat pd PRK di kuala Terangganu,bukit gantang,bukit selambau,penanti maka jelas rakyat telah menolak umno secara jelas ,jadi kita tidak faham kenapa pas nak menghidupkan umno menerusi kerajaan perpaduan yg pastinya umno berada dalam keadaan sangat lemah sekarang ini.saya percaya apa yg dicipta hj hadi jadi kenyataan pas akan berpecah, kumpulan hj hadi kepada BN,satu kumpulan lg kepada PR,maka kita akan tenguk saat kematian PAS akan sampai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive