24 July 2009

Cubaan cuci tangan Najib Altantuya : Inkues kematian Teoh

Oleh Zukri Aksah

TEMERLOH, Julai 24 — Nampaknya apa yang diputuskan oleh kerajaan ketika membentuk suruhanjaya diraja ekoran kematian Teoh Beng Hock berbeza dengan selera dan kehendak rakyat.

Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, dalam ulasannya tentang keputusan kabinet ini menyifatkan ianya sebagai petunjuk tentang selera parti pemerintah, Umno dan BN terhadap keadilan.

Bagi Nizam, Suruhanjaya Siasatan DiRaja itu adalah resipi ciptaan Umno dan BN, dengan ramuannya adalah “terms of reference” yang sangat berbeza dengan apa yang diperkirakan oleh rakyat terbanyak.

Pandangan beliau ini turut dikongsi bersama oleh rakan-rakan peguam beliau dari Johor Bar dalam perbualannya dengan mereka.

Kabinet, dalam keputusannya bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan SiRaja bagi menyiasat dan meneliti kaedah soal-siasat SPRM terhadap Teoh.

Teoh ditemui mati pada tengahari Julai 16 lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan Ibu Pejabat SPRM Selangor, setelah sehari sebelumnya mendiang dibawa ke sana untuk disoal-siasat berkaitan tuduhan salahguna wang peruntukan oleh ADUN Pakatan Rakyat Selangor.

Sedangkan, menurut Nizam lagi, juga pendapat rakan-rakan peguamnya dari Johor, pengwujudan suruhanjaya ini dengan sengaja telah meminggirkan terma rujukan siasatan paling penting iaitu bagaimana dan apa sebab kematian Teoh.

Nizam percaya, pandangan undang-undang ini bukan sekadar berlegar di fikiran para peguam, tetapi juga turut dikongsi oleh majoriti rakyat, khususnya dari ahli keluarga mendiang Teoh.
Mereka tegas Nizam, mahukan penjelasan sebenar dan konkrit tentang punca dan sebab kematian Teoh.

Jika “terms of reference” Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini tidak diubah dan diluaskan, nyatalah usul Nizam, Suruhanjaya ini hanyalah satu bentuk pengaburan dan cubaan cuci tangan.

Kerajaan Umno dan BN, pimpinan Najib Tun Razak kelihatannya sedang cuba mencabar intelektualiti rakyat, seperti mahu memberitahu, “kamu semua minta, kerajaan dah buat, sudahlah!” Seolah-olah seperti mengandaikan rakyat adalah golongan yang tidak pandai dan tidak tahu berfikir.

Padahal rakyat, bila mendepani isu kematian Teoh ini, mempunyai “terms of reference” mereka sendiri, resipi mereka sendiri, resipi yang universal dan sejagat.

Amatlah mengejutkan bila tiba-tiba mesyuarat kabinet keluar dengan resipi Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang kurang manis dan kurang masinnya. Langsung bertentangan dengan selera rakyat.

Jelaslah, Kerajaan Umno dan BN tidak boleh makan sedulang dengan rakyat, selera tidak sama! Jika dipaksa juga, tentu akan ada yang patah selera. - TMI

2 comments:

Anonymous said...

apa lah kau orang semua jadi bodoh..kalau tubuh apa pun akhir nya tujuan nya adalah untuk menyiasat kematian cina tu..

jangan kau jadi lawyer tapi bonggok..berfikir tu gunakan otak.. bukan gunakan lutut..patut lah kau orang ni di panggil peguam rakyat kuno..

Unknown said...

we should give a deadline to the polis/government for an answer. if they can't, we should all go to the street till we get what we want - the sacking of MACC & POLIS head.

only the rakyat can save themselves now. if they are still don't bother and selfish; thinking if they stay away from politics, the injustice and brutality will not go to them, then, we are all doomed. these incidents will never stop, more and more innocent people will be slaughtered.

so, it's time to make a stand, will we/malaysians willing to shed blood to uphold the truth, justice and freedom or most importantly to save themselves?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive