29 July 2009

Melayu tak wujud sebenarnya

JULAI 29 — Hang Tuah sebenarnya bukan Melayu; Hang Tuah sebenarnya orang berketurunan dari China mengikut kata sesetengah orang lah (bukan saya OK). Mengapa pula dikatakan begitu? Sebab diambil contoh dari Hang Li Po seorang puteri dari China, namanya bermula dengan Hang, atas dasar itu orang keturunan dari China maka namanya bermula dengan Hang dari perkataan “Han” iaitu nama satu dinasti lama di China. Hang Li Po bererti Li Po orang Han, itulah ceritanya maka atas sebab samalah Hang Tuah itu bukan Melayu. Kalau nak diikut begitulah Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan juga Hang Kasturi. Malah ada yang lebih jauh mengatakan yang Hang Tuah itu namanya sebenar adalah Han Too Ah, Jebat pula Han Jee Fat (macam watak utama dalam komik Alam Perwira pulak) manakala Hang Lekiu pula adalah Han Lee Kiu.

Ada ada kemungkinan, mungkin betul, bunyinya macam betul, tapi kalau hendak diikutkan kesimpulan begini bolehlah saya mengatakan yang sebenarnya “Tong Sampah” bukanlah perkataan Melayu akan tetapi ianya berasal dari China. Ini adalah kerana Tong Sampah adalah dari Thong Sam Ah seorang ushawan karung guni berbangsa Hakka yang suka mengambil barang-barang lama di sekitar tahun awal 1930an di Taiping. Maka apabila ada barang hendak dibuang orang kampung suka berkata “ahh ko bagi la barang nak dibuang tu ke Thong Sam Ah, dia memang ambil barang hendak dibuang”. Bunyinya memang macam betul tapi itu tidak menyebabkan ianya fakta bukan walau berapa puluh kali saya mengulangi cerita ini sesungguhnya Tong Sampah bukanlah Thong Sam Ah. -- seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive