05 July 2009

NAJIB PM MALAYSIA YANG KUAT MENIPU !

Pada minggu lepas, media arus perdana heboh dengan berita Presiden Amerika, Barrack Obama telah menelefon Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Razak.Laporan Bernama yang dipetik dari blog www.1Malaysia.com.my menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung ke Malaysia.

Perdana Menteri dilaporkan telah memanjangkan jemputan itu semasa perbualan telefon beliau dengan Obama pada Jumaat malam.... Najib dan Obama berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dari jam 9.12 Jumaat lalu.

“Saya menerangkan kepada beliau Malaysia berkongsi titik persamaan penting dengan Amerika Syarikat. Kita sama-sama percaya kepada ideal dan prinsip demokrasi termasuk kebertanggungjawaban dan ketelusan.

“Saya juga bercakap mengenai usaha memperkenalkan konsep 1Malaysia dan bagaimana rasa kebersamaan dan kekitaan akan membantu Malaysia melangkah ke hadapan dengan matlamat yang sama,” katanya. ...

Ternyata berita tersebut hanya mewar-warkan konsep 1Malaysia. Dilaporkan semasa Najib mendapat panggilan telefon berkenaan beliau telah bercakap panjang mengenai konsep 1Malaysia.

NAMUN Laporan berita akhbar Korea Herald pula menyatakan

Philip Goldberg, the U.S. coordinator for the implementation of a U.N. Security Council resolution that punishes North Korea for its May 25 nuclear test, is scheduled to arrive in Malaysia on Sunday.
The visit comes after the White House said late last month that U.S. President Barack Obama discussed North Korea and financial regulations with Malaysia's Prime Minister Najib Razakon by phone.

Akhbar tersebut melaporkan negara Malaysia menjadi tempat Korea Utara berurus-niaga senjata dengan negara Myanmar dan hal ini menjadi perbualan telefon di antara Obama dan Najib tetapi TIDAK dilaporkan oleh blog 1Malaysia dan media arus perdana.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR telah membuat kenyataan media berhubung isu tersebut dan memandang serius dakwaan dari Korea Selatan itu yang mengaitkan bank di Malaysia digunakan untuk transaksi pembayaran penjualan senjata dari Korea Utara ke Myanmar.

Tambah membimbangkan apabila rombongan khas perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi yang diketuai Phillip Goldberg, dijadualkan ke Malaysia, bertujuan memastikan negara ini mematuhi perlaksanaan resolusi tersebut.

Menurut kenyataan akhbar itu, Dato’ Seri Najib sewajarnya menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat disamping melahirkan kebimbangan sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear.

Kelab Greenboc

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive