05 July 2009

Awang Selamat Pengampu UMNO Yang Dah Nyanyuk

Kolumnis kontroversi, Awang Selamat, mendakwa belum lagi DAP dan PKR berkuasa, Melayu sudah diambang kejatuhan."Bayangkan nasib Melayu nanti," tulisnya dalam kolum tetapnya dalam Mingguan Malaysia, Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat.
Awang Selamat mendakwa, belum lagi berkuasa, mereka (DAP dan PKR) sudah rakus melumpuhkan struktur Melayu."Apabila mereka berkuasa, jangan terkejut - Melayu akan kembali dijajah oleh parti yang membawa pemikiran Yahudi," tulisnya.
Menurutnya, sememangnya makin kuat kebimbangan masyarakat Melayu terhadap percaturan politik pembangkang, khususnya DAP, yang menurutnya dibantu oleh PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim "untuk memecahkan asas kenegaraan dan realiti sejarah di negara ini kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan".Lebih menyedihkan lagi, tulisnya, perjuangan DAP mendapat simpati pemimpin PAS, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menurutnya lebih percayakan DAP berbanding parti Islam yang lain."...kerana beliau mudah tertipu atau sengaja merelakan dirinya tertipu demi mempertahankan ego politiknya," tulisnya lagi.
Menurut Awang Selamat lagi, banyak lagi perkara yang beliau bimbangkan, terutama institusi raja yang kini didakwanya sentiasa diperlekehkan."Malah sudah ada gerakan tersusun untuk membubar dan menulis semula Perlembagaan negara. Apa maknanya ini semua?" soalnya.
Katanya, selagi orang Melayu tidak sedar dan tidak bangkit bersatu menghalang percaturan berbahaya ini, "selagi itulah kita melihat makin banyak perkembangan yang menghakiskan kepentingan Melayu'.
P/S: Si Awang Selamat mungkin dah tua kot dan nyanyuk. Selama 52 tahun, org Melayu semakin terus ketinggalan dari segi ekonomi dan sosial. Pegangan ekuiti bumiputra selama 52 tahun tidak pernah mencapai ape yg disasarkan iaitu 30% dan masih ditakuku yg lama.Selain itu, UMNO parti yg berjuang berasaskan bangsa turut mengkhianati amanah Melayu apabila menghapuskan kouta bumiputra dalam urusan BIASISWA JPA. Selain itu, pengumuman liberasisasi sektor awam turut mengancam kepentingan Melayu. Konsep 1Malaysia yg dilaungkan sememangnya dan tidak dinafikan mengugat kepentingan Melayu. Adakah si Awang Selamat nie pekak dan tuli dengan konsep ini? Raja dan Sultan adalah makhluk Allah yg sama dengan makhluk yg lain.Kenapa perlu sangat diagung-agungkan sangat? Ingat segala elaun dan perbelanjaan Raja dan Sultan di tanggung dengn duit Rakyat. Awang Selamat nyanuk lagi dengan menyatakan PR membawa pemikiran Yahudi. Jangan tuduh tanpa bukti. Puak UMNO memang mcm nie. Telah pelbagai agen dilaungkan terutamanya kepada Anwar Ibrahim ialah agen yahudi, agen amerika, agen Cina dan sebagainya. Tp semuanya palsu belaka. Perlu diingatkan bahawa konsep 1 Malaysia sama dengan OneIsrael. Awang Selamat tolong la jangan nk memperbodohkan dan memperalatkan org Melayu. Usah jadi HERO dan PENGAMPU dengan isu perkauman ini. Pencenla jaga cucu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive