Saya kini berada di jln raya laut. Terlampau banyak cerita yang hendak dimasukkan beserta gambar-gambar nya. Insyaallah malam nanti akan saya upload kan gambar-gambar kejadian bermula dari jam 1 tgh hari tadi sehingga sekarang.
Di hadapan saya masih terdapat gerombolan FRU yang bersedia untuk menggempur siapa saja yang berkumpul di sini. Mereka mencuba untuk memasuki ibu pejabat PAS di sini yang mana dipercayai terdapat pemimpin-pemimpin PAS PKR dan DAP di dalam nya.
Menurut The Star. polis telah melepaskan pancutan air terhadap 15 ribu pendemo dihadapan Sogo yang telah pun di tutup.
Seramai 157 orang telah ditangkap disekitar Masjid Negara. Masjid jamek, Dataran, Central Market, Padang Merbok,
Polis baru saja melepaskan tembakan pemedih mata berhampiran Maju Junction
Berita lanjut menyusul nanti
1 comment:
kan lebih bagus orang2 islam buat demo supaya kerajaan pinda perlembagaan utk tegakkan syariat islam?...dok kata ISA haram, macamana ngan undang2 lain?...semua pun undang2 penjajah...
Post a Comment