30 September 2009

Isa timbulkan masalah pada Umno di Bagan Pinang


Oleh Zamri Omar

Apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendapatnya bahawa bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad tidak harus dijadikan calon mewakili Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, maka bermulalah masalah bagi gabungan parti itu.

Ini kerana jika Barisan memilih juga Isa, maka rakyat Malaysia yang masih banyak menyokong Dr Mahathir akan memandang serong terhadap gabungan parti itu. Nasihat Dr Mahathir telah tidak didengar oleh Barisan sedangkan beliau tentu lebih mengetahui dan mahir dalam percaturan politik daripada pucuk pimpinan Barisan hari ini.

Tetapi jika Barisan mendengar nasihat Dr Mahathir, maka cakap-cakap politik yang timbul ialah, siapakah yang menjadi pemimpin Barisan, bekas presiden Umno itu atau Presiden Umno sekarang? Jadi apapun Barisan putuskan, ia tetap menjadi masalah dari segi pilihan calon itu.

Pun begitu, jika fokusnya adalah untuk memenangi pilihan raya kecil itu, maka pertimbangan bebas harus dibuat untuk memilih sama ada Isa ataupun bukan. Jika risikan undi mendapati bahawa Isa mampu memberi kemenangan kepada Barisan, maka wajar bekas Menteri Besar itu dipilih sebagai calon. Perkara lain ditolak tepi dahulu.

Dalam kempen, bolehlah berhujah bahawa Isa telah pun dihukum dari segi politik wang, maka tidak ada sebab mengapa beliau tidak diberi peluang untuk dicalonkan. Banyak lagi kes dalam politik, di mana salah laku pemimpin, termasuk di kalangan pembangkang yang kedudukan politiknya dipulihkan. Bagi orang Umno, dan Melayu umumnya sebarang tindakan yang dikenakan ke atas Isa bukanlah dilihat sebagai berpunca daripada salah laku, tetapi lebih kepada permainan politik.

Lagipun soal politik wang yang kelihatan serius dan dibimbangi akan melunturkan jati diri Umno dan Barisan, tetapi ada pula pihak yang melihat bahawa keseluruhan cara berpolitik di negara ini, yang dibentuk oleh Umno sejak negara ini mencapai kemerdekaan tidak akan terlepas dari politik wang. Walaupun mungkin ada cara-cara yang boleh mengawalnya, tetapi dari segi asas dan struktur, serta penerimaan pelaku-pelaku politik, maka apa yang dilakukan oleh Isa dan seumpamanya tidak pula dipandang sebagai suatu yang melanggar etika. -- seterusnya

1 comment:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Blogger Mimpi Senja Kata " ISA Samad timbulkan masalah pada UMNO di Bagan Pinang .Ok Fair enough.
Tapi Hj Zulkifli Mohd Omar timbulkan masalah pada Pakatan Rakyat terutama Ahli Pas Bagan Pinang keran Hj Zulkifli ini dah tiga kali kecundang dalam pilihan raya Umum di Lenggeng . Dalam islam kalau beri salam kat tuan rumah , dan tiada jawaban balas selepas beri salam sebanyak tiga kali tak dijawab maknanya boleh belah tak yah nak beri salam lagi. So Dah tak ada calon anak tempatan yang boleh di pertengahkan je PAS PUSAT. Malu lah den kat nogori 9. Macam tak ada muka lain . UMNO ISA didakwa Rasuah tapi PAS HJ Zulkifli orang Lenggeng tak nak takkan orang Bagan PInang orang sudi . Lu pikir La sendiri Pas ooooooooo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive