Mohamad Omar Ong bin Mustapha Ong, yang sebelum ini telah dua kali ditolak oleh Lembaga Pengarah PETRONAS untuk dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah PETRONAS, kini telah berjaya menempatkan dirinya dalam syarikat minyak negara itu. Semua ini adalah hasil kerja rakus PM 1Malaysia, yang tidak sabar-sabar untuk membolot semua hasil negara kedalam poketnya.
Semua tahu Omar Ong (OO) adalah bekas pelajar tajaan PETRONAS seterusnya menyertai PETRONAS dan cabut lari sebelum kontrak perkhidmatan nya tamat.
OO telah ditawarkan biasiswa PETRONAS pada tahun 1989 untuk membuat A level di UK dan seterusnya memasuki Universiti Oxford. Apabila tamat pengajian pada tahun 1995 dengan memperolehi Ijazah dalam bidang Politik dan Ekonomi, OO menyertai PETRONAS sebagai Eksekutif. Pada 1 Februari 1997, OO meninggalkan PETRONAS dan menyertai Multimedia Development Corp. (MDC).
OO belum menamatkan kontrak nya dengan PETONAS. Dia hanya bertugas selama 2 tahun sahaja, tetapi memandangkan MDC juga adalah salah satu GLC, PETRONAS bersetuju untuk menyambung kontrak perkhidmatan tersebut di MDC.
31 Mac 2000, OO melepaskan jawatan nya di MDC. Kurang beberapa bulan lagi dari tempoh kontrak 5 tahun nya bersama PETRONAS. OO telah melanggar perjanjian dengan PETRONAS dan pihak ESU (Education Sponsorship Unit) PETRONAS telah memaklumkan kepada OO pada Jun 2000.
Pada Januari 2001, Unit Perkhidamatan Undang-Undang PETRONAS telah mengeluarkan "Letter of Demand". Pada September 2001, PETRONAS telah melantik Lee, Hishamuddin & Co. untuk meneruskan proses mendakwa OO. Keputusan mahkamah terhadap OO diperolehi pada Februari 2003.
Selepas meninggalkan MDC, OO menyertai McKinsey & Co, London yang beroperasi di Kuala Lumpur. OO kemudian menubuhkan Ethos & Co pada February 2002.
Pada February 2004, OO telah dilantik sebagai Pegawai Khas 1 kepada TPM. Perjanjian penyelesaian ditandatangani pada Mei 2005 yang mana OO mesti berkhidmat dengan kerajaan Malaysia selama 4 tahun 10 bulan. Seandainya perjanjian tidak dipatuhi, OO akan terpaksa membayar gantirugi sebanyak RM120,000.00
Pada 2006, OO meninggalkan perkhidmatan kerajaan dan kembali bersama Ethnos & Co ...
Lagi kontrak tidak dipatuhi ...
STONE:
MACAM NI PUNYA ORANG PUN NAJIB NAK LETAK SEBAGAI PENGARAH PETRONAS? Tapi orang-orang yang macam ni yang najib Altantuya suka sangat, orang-orang yang cakap tak betul, penipu, dan macam-macam lagi "pe".... Ini lah dia PM 1Malaysia yang "cerdik". Kalau di kampong orang panggil "penyangak" dah macam ni ...
No comments:
Post a Comment