27 September 2009

Najib Altantuya : PETRONAS bakal terlibat dalam 1Malaysia F1 Team?

Dah agak, bila PETRONAS kini kehilangan "rakan premium" dalam Formula 1, BMW Sauber F1 Team pada tahun hadapan apabila BMW menarik diri dari siri F1 kini telah dirisik oleh Tony Fernandez pemilik 1MF1T untuk PETRONAS menyertai mereka sebagai salah satu penaja pasukan F1 pertama Malaysia hasil idea najib Altantuya itu.
PETRONAS yang pada suatu ketika begitu gah dengan penyertaan mereka dalam Formula 1 melalui Peter Sauber setakat ini seperti telah hilang arah untuk meneruskan projek F1 yang diilhamkan oleh Mahathir di awal 90an dahulu. Jadi ini mungkin peluang terbaik mereka untuk meneruskan usaha-usaha memasarkan jenama PETRONAS ke arena antarabangsa.
Tapi kenapa perlu PETRONAS? Bukan kah PETRONAS syarikat milik kerajaan sepenuhnya. Saperti kata najib ketika melancarkan pasukan ini baru-baru ini, 1MF1T tidak melibatkan kerajaan. Penyertaan kerajaan dalam pasukan ini hanya melalui Proton. Tapi kini PETRONAS pula muncul. Apa cerita?
Banyak "lidah-lidah bercabang" dalam 1MF1T ini. Kalau diawal penubuhan dulu, antara yang diperkatakan ialah tentang pemandu kepada pasukan tersebut adalah rakyat Malaysia. Tetapi semalam The Malaysian Insider melapurkan bahawa "Tiada pemandu Malaysia dalam 1MF1T" mengikut kata pemiliknya Tony Fernandez di Singapura.
Dan hari ini The Malaysian Insider melapurkan lagi bahawa "PETRONAS akan sertai Malaysia F1?" . Aku bersetuju kata- kata Tukar Tiub bersabit dengan penyertaan PETRONAS ini - " SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU UNTUK KAYAKAN KRONI DAN ANAK MADEY
Aku yakin PETRONAS akan "terpaksa" menyertai projek 1MF1T ini. Akan pasti ada arahan-arahan dari pihak atasan di Putrajaya untuk PETRONAS menabur wang rakyat dalam projek yang hanya akan menguntungkan beberapa kerat atau kroni tertentu ini.
Tambahan ada khabar-khabar angin mengatakan bahawa kontrak Tan Sri Hassan Merican sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CEO PETRONAS tidak akan disambung lagi apabila tamat pada Feb 2010 nanti. Ini berikutan Lembaga Pengarah PETRONAS yang baru-baru ini telah sebanyak dua kali menolak percubaan najib Altantantuya untuk meletakan "orang nya", Omar Ong dalam lemabaga pengarah syarikat minyak tersebut.
Sudah pasti nanti najib Altantuya akan meletakan "orang nya" bagi menggantikan Hassan Merican. Dan pada masa itu senang lah untuk najib dengan sewenang-wenangnya "mengaut duit PETRONAS" untuk memperkayakan kroni-kroni nya.
1Malaysia - adakah Rakyat di dahulukan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive