Penuntut-penuntut dari Fakulti Undang-Undang Syariah, (Syariah & Law) Universiti Malaya hari ini melancarkan apa yang di panggil "Kelab Sahabat Kartika" sebagai tanda sokongan kepada model sambilan itu yang telah dikenakan hukuman 6 kali sebatan dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan baru-baru ini atas tuduhan meminum arak di sebuah hotel di Kuantan tahun lalu.
Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar UM, Shah Rizul Ayuni Zulkipli memberitahu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam (Khamis), penubuhan kelab tersebut adalah sebagai sokongan dari pelajar-pelajar Islam universiti tersebut kepada Kartika.
Ayuni berkata, kelab yakin keputusan yang diambil Kartika untuk menerima hukuman sebat tersebut adalah bertujuan untuk memperbetulkan dirinya (Kartika). BERNAMA
STONE: Yang tak dapat terima hukuman keatas Kartika ini hanyalah Sisters in Islam dan seorang menteri jambul, Shahrizat Jambul. Puak-pauk ni konon nya memperjuangkan Islam, tapi bila hukuman cara Islam dikenakan mula lah melalak kesana kesini.
Pesanan kepada SIS, tukarkan saja Sisters in Islam kepada nama lain yang tidak ada sangkut paut dengan Islam kalau terus menerus ingin menentang hukum-hukum Islam.
3 comments:
Salam mana ada fakulti undang-undang syariah di UM, yang ada hanya seperti berikut:
- Fiqh & Usul
- Syariah & Management
- Syariah & Economics
- Syariah & Law
- Aqidah & Islamic Thought
- Al-Quran & Al-Hadith
- Dakwah & Human Development
- Islamic History & Civilization
- Siasah Syar'iyyah
- Islamic Education Program
- Applied Sciences with Islamic Studies
Sila betulkan, ejaan tajuk artikel tu pun kena betulkan dari karkita kepada kartika. Allahu'alam
semua Jabatan berkenaan di bawah Akademi Pengajian Islam (API)
Kepada TBO,
Kenyataan dia atas dikeluarkan oleh BERNAMA, teman hanya copy n paste dan beri sedikit komen. Mungkin fakulti yang dimaksudakn ialah Syariah & Law.
Telah dibetulkan tentang salah ejaan tu. Terima kasih atas kepertihatinan TBO
Post a Comment