25 October 2009

Nasha, Mustafa dan Hassan Ali perlu 'dibersihkan' - TGNA

'Tiada siapa jadi dalang'

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
dan RODELIO JUNJUN

KOTA BHARU 24 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan gesaannya agar kepimpinan Pas dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan didalangi oleh pihak yang berkepentingan.

Sambil mempertahankan pendiriannya, beliau menegaskan isu yang tercetus daripada apa yang dianggapnya sebagai cadangan itu diluahkan dengan ikhlas demi masa depan parti yang telah dipupuk sekian lama.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sudah cukup arif untuk membuat pertimbangan sendiri dan yakin cadangan itu jika diterima tidak akan memecah-belahkan Pas.

''Saya dah tua, tak payah orang lain jadi dalang.

Saya nak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila-bila," katanya ketika diminta mengulas desas-desus ekoran kenyataannya itu.

Ramai kalangan ahli Pas tidak percaya bahawa beliau membuat pertimbangan sendiri dalam mengemukakan gesaan itu melainkan dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Menurut Nik Abdul Aziz, tidak perlu lagi baginya untuk terus menjelaskan persoalan itu dan terserah kepada parti sama ada menerima atau tidak.
ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Masjid Noor Aini (Cahaya Mataku), Pasir Hor dekat sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz mahu Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan melalui EGM walaupun ia mungkin menyebabkan parti berusia 58 tahun itu berpecah.

Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Laporan media itu turut merujuk kepada kenyataan melalui blognya kelmarin yang dibuat setelah meneliti tulisan seorang pensyarah dan mendengar pandangan rombongan penyokong parti dari Sabah dan Sarawak yang mencemaskannya.

Ditanya apakah tiada pendekatan lain untuk menyelesaikan persoalan berbangkit, beliau berkata: ''Saya tak mahu buat benda lain, saya sebut sekali. Terima. Alhamdulillah, tak terima tak apa.. saya tidak memaksa.

''Saya nak jaga Pas saya kerana ia parti yang dihormati oleh masyarakat. Kalau ada orang (buat) itu ini, saya kena buat sesuatu. Saya ikhlas nak jaga parti yang saya bajai, airi dan pagar sekian lama."

Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada sebab baginya untuk menarik balik kenyataan yang mengejutkan itu kerana menganggap ia suatu yang benar.

Beliau juga menafikan kenyataan yang dibuatnya itu sebagai langkah terakhir untuk menyiapkan kepimpinan sebelum melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

''Selagi umur saya ada, banyak lagi yang terakhir," ujarnya.

Menyentuh mengenai kemungkinan perubahan barisan kepimpinan melalui EGM tidak akan tercapai sekiranya perwakilan mahu mereka terus dikekalkan, beliau berkata:

''Saya tak perlu jawab, jawab yang ini timbul yang lain pula."

Namun beliau mengulangi bahawa sekiranya apa yang dimahukan tidak diterima oleh parti, ia tidak akan mengecewakannya kerana beliau cuma memberikan buah fikiran.

''Saya tak kecewa kalau orang tak terima... dalam dunia ini kalau nak kecewa, selama-lamanya kecewa," ujarnya.

3 comments:

Anonymous said...

Buat apa nak bersihkan Nasha, Mustafa dan Hasan Ali ? Kalau sudah begitu kotor hingga tak sanggup menerima keputusan muktamar buang masa saja nak cuba membersihkan mereka. Mereka akan tetap dengan politik assabiyah mereka. Lebih baik pecat saja daripada parti.

Lintah Langit said...

Buat apa nak buang mereka la bodohhh..mrk dilantik dalam muktamar yang lepas iaitu dengan keputusan syura.

Nampaknya TG Nik Aziz mengajar Jemaah Pas menentang keputusan syura,yang dalam kuliah beliau cakap keputusan syura adalah keputusan yang diberkati Allah..Skr apa cerita??

Pimpinan Pusat Buang saja Musang berbulu Khinzir dalam Pas..iaitu Husam Musa,Khalid Samad,Dr. Zul dan org-org yang sekandang dengannya...Selosaii..

Anonymous said...

Mereka dilantik oleh ahli PAS. Kalau ahli sendiri tidak dihormati .....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive