27 November 2009

Apa hal ko Mustapa .. Tak payah nak menyibuk lah


Mustapa Mohamad seperti yang dilapurkan oleh The Malaysian Insider meminta TGNA segera menamakan pengganti beliau sebagai MB Kelantan untuk mengelakkan kekalutan berterusan.

Aku nak tanya sama itu pecacai Najib, apa hal kau nak TGNA berikan nama pengganti nya. Ko siapa? Tak payah nak sibuk-sibuk lah wahai mustapa. Itu urusan PAS dan TGNA, tak der apa sangkut-paut dengan korang lah.

Katanya lagi, nasib rakyat Kelantan tidak dibela dibawah pemerintahan PAS yang diterajui TGNA. Lagi aku nak tanya mustapa ... Ko cakap apa ni? Ada guna otak ke tak sebelum kenyataan itu di keluarkan. Dah berapa ramai rakyat Kelantan mati tak makan? Dah berapa banyak rakyat Kelantan tinggal dalam kotak selama 19tahun TGNA perintah Kelantan?

Cakap biar guna akai, bukan perasaan. Kalau ya nak rampas Kelantan pun, cari lah isu-isu yang jelas dengan fakta nya sekali untuk disabitkan. bukan sekadar cakap kosong, buat busuk mulut saja lah stapa oi ...
Lepas tu ni ada sorang lagi, Naib Presiden PPP Nik Sapeia kata seperti yang dilapurkan dalam mStar agak meragukan andai wang ehsan di berikan terus kepada kerajaan negeri kelantan ... Apa yang nak ragukan Nik oi ... Kenapa? Sebab korang tak boleh nak sapau sama ka? ... Ya la kalau diberikan terus kepada kerajaan negeri, puak-puak korang dalam BN/UMNO tak dapat nak merasa lah kan ...
Sekarang ni masing-masing dah ternganga menunggu dengan pelbagai projek kerana wang ehsan tersebut akan disalurkan kepada jabatan persekutuan di Kelantan untuk projek-projek pembangunan (konon) ... Siapa yang bakal diberikan projek-projek tersebut kalau dah wang tersebut diselia oleh jabatan persekutuan? Fikir-fikir kan lah ... Mungkin kau juga telah tersedia dengan palbagai projek agaknya ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive