04 December 2009

Politik Najib dan Umno sedang menuju ke akhir hayat

Berita terbaru petang tadi, Datuk Seri Sulaiman telah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancungan. Alasan yang diberi konon nya atas sebab-sebab kesihatan.
Hari ini juga timbul pula cerita hantu Teoh Beng Hock berkeliaran di pejabat SPRM Selagor dan hari ini juga, bos SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan juga akan meletak jawatan. Apakah Ahmad Said telah bertemu hantu TBH tersebut yang menyebabkan beliau mangambil tindakan sedemikin?
Diberitakan juga hampir 500 ahli umno di Rantau Panjang akan meninggalkan umno kerana tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan.
Dan yang paling awal, berita kemumculan semula Bala, penyiasat persendirian yang "hilang" selepas membuat akuan bersumpah mengenai penglibatan najib dan rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Selepas kemunculan Bala, dan selepas beberapa siri pendedahan yang dibuat, nama adik najib telah disabitkan. Kemuncaknya AMK telah membuat aduan kepada SPRM untuk menyiasat penglibatan adik PM itu.
Kes pemindahan wang RM10juta oleh MB Negeri Sembilan juga timbul ...
Isu-isu di atas telah sedikit sebanyak memeningkan najib.
Apakah semua ini menunjukkan era politik najib alatantuya sedang menuju ke akhir hayat?
atau apakah doa TGNA telah dimakbulkan Nya sedikit demi sedikit?
Fikir-fikirkan lah ...
Sama-samalah kita mendoakan nya ... Insyaallah Tuhan akan makbulkan doa dari orang-orang yang teranaiya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive