Selepas dua hari berada di Kapalai Resort Pulau Sipadan, pagi ni liputan broadband ni mcm ok sikit jadi dapatlah saya untuk sedikit sebanyak berkongsi pengalaman dengan pembaca, tak kisah lah samada anda minat "diving" atau tidak. Yang pasti saudara/i patut datang ke sini untuk menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Relex sangat di sini.
Ramai mengetahui bahawa Pulau Sipadan adalah antara tempat menarik kegemaran para penyelam untuk menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Nya ini di dasar laut. Pun begitu, sekiranya anda bukan penyelam pun anda masih dapat menikmati keindahan alam ini dengan hanya "snockling". Walau hanya ditempat-tempat tertentu yang cetek, anda pasti akan pasti akan berpuas hati dengan apa yang bakal anda lihat nanti. Dan pasti nya selepas itu anda akan berusaha untuk mendapatkan lesen penyelam seperti apa yang berlaku pada saya.
Pada tahun lepas, juga ketika perayaan Tahun Baru Cina, saya buat pertama kali ke Pulau Mabul. Kerana ketiadaan lesen penyelam kami hanya boleh membuat "snockling" di tempat-tempat tertentu sahaja.
Untuk ke Sipadan atau pulau-pulau berhampiran, anda perlu ke Semporna (akan dapat melihat rumah Shafie Afdal yang asal). Dari jeti Semporna, perjalanan dengan bot akan mengambil masa 1 jam untuk ke Kapalai. Dalam perjalanan anda akan temui Pulau Mabul (yang pernah saya paparkan cerita nya sebelum ini) dan juga resort pelantar minyak. Kapalai Resort, tidak seperti Mabul Resort yang punya pulau dan anda dapat ke pulau tersebut yang sememangnya punyai penghuni nya. Kapalai Resort betul-betul resort ditangah-tangah lautan. Sedikit daratan akan dapat dilihat apabila air laut surut, tiada penghuni di sini.
Anda perlu memohon permit dari Jabatan Laut Sabah untuk ke Pulau Sipadan. Dan anda tidak dibenarkan menginap di sana. Resort-resort di Sipadan telah di robohkan, yang tinggal sekarang hanya lah kem angkatan tentera kita . Jadi anda perlu menginap di pulau-pulau berhampiran seperti Mabul, Kapalai, Mataking atau juga di resort pelantar minyak. Permit tidak diperlukan untuk ke Mabul, Kapalai, Mataking dan juga "pelantar minyak.
Jeti ketibaan di Kapalai Resort
Anda akan di sambut sebaik menjejak kaki di Kapalai
-Resort di Kapalai
Pemandangan menarik Kapalai Resort
Resort "Pelantar Minyak"
sehinggalah anda ke dasar lautnya
Pelancong Eropah berjemur di pantai Sipadan
Semua resort-resort telah di robohkan selepas kumpulan Abu Sayaf menyerang dan menculik beberapa kakitangan resort beberapa tahun lalu.
Kawalan keselamatan agak ketat buat masa ini selepas tuan punya dan seorang pekerja Syarikat Rumpai Laut telah diculik seminggu lalu. Di Kapalai Resort sendiri terdapat unit PGA dari PDRM dan juga anggota tentera berkawal 24 jam.. Begitu juga di Mabul, unit PGA juga ditempatkan di sana.
Untuk yang berminat ke Sipadan, anda boleh lah menghubungi no ini ...012 255 2636
No comments:
Post a Comment