Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

15 December 2013

[Jalan-Jalan] Jom ke Maldives

oleh NIEZAM ABDULLAH

Pemandangan dari udara Holiday Inn Resort di Kandooma, Maldives.
APABILA sebut sahaja Maldives, saya percaya bagi pengembara bajet, mereka mungkin merasakan pulau ini bukanlah sebuah destinasi pilihan untuk dikunjungi.
Kebanyakan pengembara menganggap Maldives hanya sesuai bagi mereka yang gemarkan percutian mewah ataupun bertaraf lima bintang.
Ini kerana Maldives itu sendiri dilihat sebagai sebuah destinasi percutian yang eksklusif dengan keadaan laut, pasir dan pantainya yang begitu luar biasa.
Maka kos untuk menjejakkan kaki ke sebuah pulau di lautan India ini juga sering kali dianggap tinggi apatah lagi kedudukan bandar-bandarnya yang berselerak dengan 1,190 buah pulau.

16 November 2013

[JALAN-JALAN] . . .Istanbul


Penulis di Selat Bosphorus. Foto Bernama
Daripada Kurniawati Kamarudin

ISTANBUL (Bernama) -- Menikmati 'Chai" atau teh O panas sambil menikmati pemandangan indah Selat Bosphorus, yang memisahkan benua Eropah dan Asia, dari atas Bukit Camcila, Istanbul, sememangnya memberi satu kepuasan kepada pengunjung.

Peluang berdiri di atas bukit di benua Asia, menghadap ke bahagian Eropah, sudah pasti mata akan terpaut dengan keindahan dan pembangunan pesat Istanbul, sebuah kota yang mempunyai peninggalan sejarah empayar-empayar terdahulu seperti Rom, Byzantine dan Uthmaniyyah.

Berketinggian 268 meter dari aras laut, Bukit Camcila adalah bukit tertinggi daripada tujuh bukit yang terdapat di Istanbul. Lokasi ini menjadi pilihan bukan sahaja dalam kalangan pelancong, tetapi penduduk di Turki untuk bersantai terutama pada hujung minggu.

Udara segar bukit yang dingin membangkitkan suasana romantis terutama ketika malam menjengah dengan limpahan cahaya daripada bangunan-bangunan yang terdapat berhampiran Selat Boshporus.

Ini menjadikan Turki sebagai lokasi idaman setiap pelancong yang mencakupi dari pelbagai keindahan khususnya seni bina, budaya serta tarikan alam semula jadi.

MISI MALAYSIA DI TURKI

Oleh itu, tidak hairanlah Turki menjadi destinasi ketujuh di dunia yang paling dikunjungi pelancong sepanjang 2012.

Kehidupan serba moden masyarakat di Istanbul sepertimana di negara-negara Eropah lain, sedikitpun tidak menjejaskan keagungan sejarah yang masih dipelihara dengan baik, yang menjadi kebanggaan kira-kira 80 juta penduduk Turki.

Istanbul yang dahulunya dikenali sebagai Constantinople mempunyai kepadatan penduduk yang kini mencecah 17 juta orang.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz baru-baru ini berada di sini mengetuai satu delegasi untuk menarik seberapa ramai pelancong Turki berkunjung ke Malaysia terutama pada Tahun Melawat Malaysia 2014.

Dengan menjanjikan percutian mewah dengan harga yang jauh lebih murah, kunjungan selaku menteri yang bertanggungjawab ke sini baru-baru ini, memberi makna yang cukup besar dalam merealisasikan hasrat itu.

Pembukaan semula pejabat Tourism Malaysia di Istanbul sejak 2011 selepas ditutup pada tahun 2009 mempunyai signifikasinya dengan menyasarkan lebih 13,000 pelancong Turki ke Malaysia semasa Tahun Melawat Malaysia tahun hadapan.

MENYUSURI SELAT BOSHPHORUS

Jika pernah menonton filem "Istanbul Aku Datang" yang memilih kota itu sebagai lokasi pengambarannya, pasti asyik melihat keindahan yang terdapat di dalamnya.

Suasana nyaman, bangunan dan seni bina yang cantik membuatkan ramai memasang angan-angan untuk datang ke sini.

Terbayang lakonan Lisa Surihani didalam filem itu sedang menaiki bot di Selat Boshporus sambil menikmati 'chai" atau teh Turki yang menjadi minuman wajib masyarakat di sini.

Sememangnya tidak akan lengkap nota perjalanan ke Istanbul sekiranya tidak melalui pengalaman menyusuri pemandangan indah sepanjang Selat Boshporus, satu-satunya laluan antara Laut Mati dan Mediterranean.

Perjalanan kira-kira 45 minit menaiki bot atau feri yang menyusuri selat itu bagai tidak terasa apabila mata terpukau dengan pemandangan indah bandar yang dipenuhi stuktur bersejarah seperti Istana Dolmabahce, Sariyer, Kanlica dan Kubu Rumeli.

Dua jambatan menyeberangi selat ini - Jambatan Bosphorus dan Jambatan Sultan Mehmet Fatih - menghubungkan benua Eropah dan Asia dari atas manakala terowong kereta api bawah air sejauh 13.6 km menghubungkan kedua-dua bahagian itu dari bawah dibuka baru-baru ini.

KEINDAHAN ISTANA DOLMABAHCE

Terdapat banyak tempat bersejarah yang berdiri megah di kota Istanbul sehingga hari ini, dan satu daripadanya ialah Istana Dolmabache.

Saat melangkah masuk ke pintu kawasan Istana Dolmabache yang pernah menjadi pusat pemerintahan Republik Turki ini, mata sudah terpegun dengan keindahan ukiran dan senibinanya.

Kilauan Bohemian Crystal Chandelier yang terbesar didunia menyambut kedatangan pengunjung saat melangkah ke dewan utama istana berkenaan. Ia adalah hadiah daripada Ratu Voctoria dengan memiliki 750 lampu dengan berat 4.5 tan.

Banyak menggunakan ukiran-ukiran emas pada dinding-dindingnya, kos untuk membina istana itu dikatakan menelan belanja 35 tan emas yang dibina semasa pemerintahan Sultan Abdul Mecid I, yang merupakan Sultan Ottoman ke-30 pada 1843 hingga 1856.

Istana paling besar dan mewah di Istanbul itu pernah menjadi tempat tinggal enam orang sultan dan keluarganya serta menjadi pusat pemerintahan Turki sejak 1856 hingga 1922. Berkeluasan 11.2 hektar, ia mempunyai 285 kamar, 44 dewan, enam tempat mandi dan 68 tandas.

MELAWAT JANTUNG ISTANBUL

Lawatan ke Istanbul dianggap tidak lengkap jika tidak melawat Masjid Sultan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru, yang umpama jantung bagi Istanbul sebagai sebuah negara Islam.

Dibina antara 1609-1616 semasa pemerintahan Sultan Ahmad 1 yang menggunakan arkitek terkenal, Sedefkar Mehmed Aga, jelas menggambarkan kehebatan seni bina Islam itu masih utuh dengan dihiasi kira-kira 20,000 seramik berwarna biru di dinding bahagian dalam masjid hingga ia mendapat gelaran Masjid Biru.

Enam menara yang dilengkapi tidak kurang daripada 30 kubah membuatkan masjid ini sangat cantik dan megah untuk dirakamkan foto sebagai kenangan.

Masih digunakan untuk menunaikan solat, tiada bayaran dikenakan untuk memasukinya. Mereka yang bukan beragama Islam dibenar memasuki ruang di dalam masjid dengan berpakaian menutup aurat.

Kira-kira 500 meter dari Masjid Biru, berdiri teguh bangunan Hagia Sophia (Aya Sofya) yang pada awalnya adalah sebuah gereja sebelum berfungsi sebagai masjid. Kini ia menjadi sebuah muzium yang menerima ribuan pengunjung setiap hari untuk melihat keindahan seni binanya.

Tiket masuk berharga TRY 25 atau (RM40) berbaloi untuk melihat pertembungan senibina Islam, Kristian di dalam satu bangunan. Dibina pada zaman Rom sekitar 537 Masehi, ia pernah menjadi gereja terbesar di dunia selama hampir 1,000 tahun.

Apabila kejatuhan Rom ketika Perang Salib, Hagia Sophia diubah menjadi sebuah masjid semasa Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 Masehi. Walaupun begitu, lukisan ibu Maria masih dikekalkan di bahagian dindingnya.

Kalimah Allah dan Muhamaad serta lukisan-lukisan di dinding memberi keunikan yang tersendiri yang menggambarkan hubungan baik kedua-dua agama itu.

Banyak lagi lokasi menarik yang boleh diterokai di Istanbul antaranya Istana Topkapi, yang dahulunya mampu memuatkan 4,000 penghuni dalam satu masa, terletak tidak jauh dari tebing Sungai Boshporus.

Merupakan bekas kediaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah selama hampir 400 tahun, istana itu kini dijadikan muzium dengan menyimpan khazanah yang tidak ternilai antaranya pedang Rasullullah.

MEMBELI HASIL TANGAN TURKI

Pulang ke tanah air dengan tangan kosong tanpa membeli cendera hati, mungkin tidak akan berlaku jika datang ke Istanbul. Ini kerana terlalu banyak hasil barangan dan produk tempatan yang boleh didapati di sini.

Terkenal dengan penghasilan permaidani buatan tangan, ia menjadi tarikan utama sekiranya pergi ke Grand Bazaar, pasar tertua dibina pada 1461 Masehi.

Dengan lebih 4,000 buah kedai menjual pelbagai barangan produk tempatan seperti tudung pashmina, pinggan tembikar, tembaga dan manisan, pelancong harus pandai menawar bagi mendapat harga yang berpatutan.

Selain itu, sebuah lagi bazar yang tidak kurang terkenalnya dalam kalangan penduduk Istanbul dan pelancong ialah Spice Bazaar, di Fatih.

Saiznya agak kecil berbanding Grand Bazaar dan di sini terdapat pelbagai jenis rempah ratus seperti safron, kekacang serta buah kering.

Akhir sekali, jangan lupa membawa pulang manisan terkenal Turki yang pelbagai warna dan bentuk yang menambah lagi kenangan manis pelancong yang pernah mengunjungi Istanbul.

-- BERNAMA

26 August 2011

JALAN-JALAN : Sinsuran/Centre Point Kota Kinabalu

Dah 2 hari aku di Kota Kinabalu. Memandangkan kerja aku hanya disebelah petang hingga ke malamnya, jadi aku gunakan waktu pagi untuk berjalan-jalan di sekitar hotel tempat aku menginap yang terletak di tengah-tengah bandar KK (Le Meridien).

Dibelakang hotel terdapat deretan kedai-kedai dan juga gerai-gerai jualan ala Petaling Street. Gerai akan tumbuh bagai cendawan di musim perayaan ini. Meraka akan mula berniaga di sini dari sekitar jam 11.00 pagi hinggalah lewat malam. Diwaktu malamnya akan bertambah lagi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan perhiasan wanita dari mutiara.

01 August 2011

JALAN-JALAN : Pulau Danawan, pulau tanpa negara

Rumah-rumah dipesisir pantai Pulau Danawan

HANYA berkeluasan 0.63 kilometer persegi, Pulau Danawan tidak sebesar mana. Kedudukannya jauh dari perairan Semporna di Timur Sabah. Malah ia kelihatan lebih menghampiri Filipina daripada Semporna. Yang pasti, pulau ini bukanlah destinasi pelancongan. Jika hendak melancong sekali pun tidak boleh kerana tidak ada perkhidmatan bot secara komersial atau feri dari tanah besar Sabah menuju ke pulau tersebut. Dan di atas pulau tersebut tidak ada hotel mahu pun rumah tumpangan. Tiada juga jalan mahupun kenderaan. Tidak ada elektrik dan bekalan air yang dirawat apatah lagi pasar raya besar seperti Giant, Carrefour, Tesco atau pusat membeli-belah seperti The Mall, Pavillion, The Curve, Plaza Bukit Bintang atau pawagam. - seterusnya

16 February 2010

Jalan-jalan : Kapalai Resort Pulau Sipadan - Resort di tengah-tengah lautan



Selepas dua hari berada di Kapalai Resort Pulau Sipadan, pagi ni liputan broadband ni mcm ok sikit jadi dapatlah saya untuk sedikit sebanyak berkongsi pengalaman dengan pembaca, tak kisah lah samada anda minat "diving" atau tidak. Yang pasti saudara/i patut datang ke sini untuk menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Relex sangat di sini.

Ramai mengetahui bahawa Pulau Sipadan adalah antara tempat menarik kegemaran para penyelam untuk menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Nya ini di dasar laut. Pun begitu, sekiranya anda bukan penyelam pun anda masih dapat menikmati keindahan alam ini dengan hanya "snockling". Walau hanya ditempat-tempat tertentu yang cetek, anda pasti akan pasti akan berpuas hati dengan apa yang bakal anda lihat nanti. Dan pasti nya selepas itu anda akan berusaha untuk mendapatkan lesen penyelam seperti apa yang berlaku pada saya.


"snockling"

Pada tahun lepas, juga ketika perayaan Tahun Baru Cina, saya buat pertama kali ke Pulau Mabul. Kerana ketiadaan lesen penyelam kami hanya boleh membuat "snockling" di tempat-tempat tertentu sahaja.

Untuk ke Sipadan atau pulau-pulau berhampiran, anda perlu ke Semporna (akan dapat melihat rumah Shafie Afdal yang asal). Dari jeti Semporna, perjalanan dengan bot akan mengambil masa 1 jam untuk ke Kapalai. Dalam perjalanan anda akan temui Pulau Mabul (yang pernah saya paparkan cerita nya sebelum ini) dan juga resort pelantar minyak. Kapalai Resort, tidak seperti Mabul Resort yang punya pulau dan anda dapat ke pulau tersebut yang sememangnya punyai penghuni nya. Kapalai Resort betul-betul resort ditangah-tangah lautan. Sedikit daratan akan dapat dilihat apabila air laut surut, tiada penghuni di sini.

Anda perlu memohon permit dari Jabatan Laut Sabah untuk ke Pulau Sipadan. Dan anda tidak dibenarkan menginap di sana. Resort-resort di Sipadan telah di robohkan, yang tinggal sekarang hanya lah kem angkatan tentera kita . Jadi anda perlu menginap di pulau-pulau berhampiran seperti Mabul, Kapalai, Mataking atau juga di resort pelantar minyak. Permit tidak diperlukan untuk ke Mabul, Kapalai, Mataking dan juga "pelantar minyak.
Papan tanda di jeti berlepas di Semporna

Jeti ketibaan di Kapalai Resort

Anda akan di sambut sebaik menjejak kaki di Kapalai

Dewan makan Kapalai

-Resort di Kapalai

Pemandangan menarik Kapalai Resort

Antara unit-unit Kapalai Resort

Bilik penginapan Kapalai Resort
Resort "Pelantar Minyak"

Pulau Sipadan - tiada apa yang menarik di pulau ini,
sehinggalah anda ke dasar lautnya
Peralatan menyelam ...
Saya bersama 3 orang kawan bersiap sedia untuk kedasar laut

Memeriksa peralatan sebelum menyelam

Pelancong Eropah berjemur di pantai Sipadan

Hanyalah kem tentera yang terdapat di Pulau Sipadan.

Semua resort-resort telah di robohkan selepas kumpulan Abu Sayaf menyerang dan menculik beberapa kakitangan resort beberapa tahun lalu.

Kawalan keselamatan agak ketat buat masa ini selepas tuan punya dan seorang pekerja Syarikat Rumpai Laut telah diculik seminggu lalu. Di Kapalai Resort sendiri terdapat unit PGA dari PDRM dan juga anggota tentera berkawal 24 jam.. Begitu juga di Mabul, unit PGA juga ditempatkan di sana.

Untuk yang berminat ke Sipadan, anda boleh lah menghubungi no ini ...012 255 2636

12 February 2010

Jom jalan-jalan : Lahad Datu, Sabah


Atas sebab-sebab tugas rasmi, aku kini berada di Lahad Datu, Sabah. Hari ni, Jumaat adalah hari ke 3 aku di bandar kecil di pinggir laut pantai timur Sabah ini. Dua hari lalu agak sibuk, tapi pagi ni ada sedikit kelapangan untuk aku menyusuri sekitar bandar yang dimonopoli oleh peniaga-peniaga kecil Filipina ni. Aku tak pasti samada mereka ni masuk secara halal atau haram.

3 hari lalu, pemilik dan seorang pekerja syarikat rumpai laut di Semporna telah diculik, dan sehingga kini nasib kedua mereka masih belum dapat dipastikan keadaannya. Jadi perairan Semporna, Lahat Datu kini di kawal rapi oleh pihak berkuasa. Kelihatan 3 bot peronda polis marin ditempatkan di Lahat Datu.

Mengikut sumber-sumber, kejadian ini ada kaitan dengan kumpulan Abu Sayaf, yang pernah suatu ketika dahulu mendarat di Lahad Datu dan membuat kacau di sini, dan dipercayai mereka akan mengulangi serangan ke atas pulau-pulau disekitar Semporna dan Lahad Datu, yang hanya 30 minit perjalanan bot laju ke pulau-pulau Filipina
... alahai, mungkin niat aku dan beberapa kawan dari KL yang akan sampai esok untuk "diving" di Sipadan akan terbantut la macam ni

Rumah air masih terdapat dipinggir bandar Lahad Datu ni

Bandar Lahad Datu

Salah satu bulatan di Lahad Datu

Pasar Rakyat Lahad Datu. Kebanyakan peniaga adalah warga Filipina

Peniaga Filipina di Pasar Rakyat Lahad Datu

Menjual rokok (seludup - brand Astro pun ada) di tepi-tepi jalan. Marlboro 20btg harganya RM3.50 saja

Antara awek Lahad Datu ... ni orang tempatan, bukan dari seberang. Comey gak orang2 Sabah ni...

2 pcs live band kat hotel aku menginap -Hotel Executive

Jom berehat seketika di PETRONAS Bt 3 Jalan Silam Lahad Datu dan di 31 stesen PETRONAS lain sempena Xong Xi Fa Cai ni. Dapatkan minuman Nescafe dan Milo PERCUMA dari jam 3pm-9pm (Sabah Sarawak) 4pm-10pm di Semenanjung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive