12 February 2010

Jom jalan-jalan : Lahad Datu, Sabah


Atas sebab-sebab tugas rasmi, aku kini berada di Lahad Datu, Sabah. Hari ni, Jumaat adalah hari ke 3 aku di bandar kecil di pinggir laut pantai timur Sabah ini. Dua hari lalu agak sibuk, tapi pagi ni ada sedikit kelapangan untuk aku menyusuri sekitar bandar yang dimonopoli oleh peniaga-peniaga kecil Filipina ni. Aku tak pasti samada mereka ni masuk secara halal atau haram.

3 hari lalu, pemilik dan seorang pekerja syarikat rumpai laut di Semporna telah diculik, dan sehingga kini nasib kedua mereka masih belum dapat dipastikan keadaannya. Jadi perairan Semporna, Lahat Datu kini di kawal rapi oleh pihak berkuasa. Kelihatan 3 bot peronda polis marin ditempatkan di Lahat Datu.

Mengikut sumber-sumber, kejadian ini ada kaitan dengan kumpulan Abu Sayaf, yang pernah suatu ketika dahulu mendarat di Lahad Datu dan membuat kacau di sini, dan dipercayai mereka akan mengulangi serangan ke atas pulau-pulau disekitar Semporna dan Lahad Datu, yang hanya 30 minit perjalanan bot laju ke pulau-pulau Filipina
... alahai, mungkin niat aku dan beberapa kawan dari KL yang akan sampai esok untuk "diving" di Sipadan akan terbantut la macam ni

Rumah air masih terdapat dipinggir bandar Lahad Datu ni

Bandar Lahad Datu

Salah satu bulatan di Lahad Datu

Pasar Rakyat Lahad Datu. Kebanyakan peniaga adalah warga Filipina

Peniaga Filipina di Pasar Rakyat Lahad Datu

Menjual rokok (seludup - brand Astro pun ada) di tepi-tepi jalan. Marlboro 20btg harganya RM3.50 saja

Antara awek Lahad Datu ... ni orang tempatan, bukan dari seberang. Comey gak orang2 Sabah ni...

2 pcs live band kat hotel aku menginap -Hotel Executive

Jom berehat seketika di PETRONAS Bt 3 Jalan Silam Lahad Datu dan di 31 stesen PETRONAS lain sempena Xong Xi Fa Cai ni. Dapatkan minuman Nescafe dan Milo PERCUMA dari jam 3pm-9pm (Sabah Sarawak) 4pm-10pm di Semenanjung

5 comments:

gelong gajah said...

Teruja aku tengok lahad datu.. dah lima belas tahun aku tinggalkan lahad datu ,kenangan pahit manis lima tahun semasa bertugas membuka felda sahabat..

apa khabar combolong ,apa khabar abdullah patta , apa khabar beliau sidek isman , apa khabar semua lain2..

lahad datu mengajar aku menjadi manusia yang cekal..

gelong gajah said...

Tahniah mimpi senja..rasa aku nak terbang ke sana untuk rasai kembali kenangan di sana...

kekangan waktu dan tugas membuat aku terhalang untuk kesana..

norham abadi said...

Terima kasih kerana tulisan tentang Lahad Datu. Saya penduduk asal Lahad Datu merasa gembira dengan tulisan tersebut. Sebenarnya hampir semua peniaga di pasar rakyat dan pasar ikan tersebut adalah orang asing, samaada dari Filipina atau Indonesia.Fenomena begini membuatkan saya terasa seperti di negara asing bila berjalan di kawasan pasar tersebut.Mereka bebas menjajah apa sahaja termasuk rokok tanpa sekatan

norham abadi said...

Terima Kasih Mimpi Senja atas tulisan tentang pekan ku Lahad Datu.Pasar Rakyat dan pasar ikan Lahad Datu dipenuhi oleh peniaga warga Filipina dan Indonesia. Mereka menjajah apa sahaja termasuk rokok dan CD cetak rompak dengan bebas.Bila aku lalu kawasan tu terasa seperti di negara asing

Anonymous said...

Spatutnya kerajaan perlu buat sesuatu.....jngan la jdi macam bandar cowboy.Kita Mlaysia ni berlembut sangat dgn warga asing.Sbb 2 negara kita jdi macam tmpat penjenayah berlindung.Penguatkuasaan kita tdk bgitu keras.Bri amaran.....masuk tnpa Paspot....tembak aje.Buat satu undang2...istihar kpd dunia bahawa sesiapa dari luar masuk Malaysia tanpa paspot akn ditembak smpai mati.Ramaikan Polis mengawal di sempadan.Ketatkan kemasukan PATI.Ni dak.....lmbut sangat.wasalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive