04 February 2010

Tuan Ibrahim Tuan Man diserang ahli PAS

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kecewa kerana beliau diserang oleh sebahagian pemimpin parti itu sendiri ekoran tanggapan bahawa jawatankuasa disiplin mengenakan hukuman ringan ke atas Datuk Dr Hasan Ali berbanding Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Dalam tulisan blognya, kira-kira seminggu selepas mengumumkan keputusan ke atas Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Khalid bekas timbalannya, Tuan Ibrahim berkata beliau sebenarnya telah menolak daripada menjadi pengerusi jawatankuasa disiplin tahun lalu. Justeru kata Tuan Ibrahim, selepas keputusan diumumkan beliau menjangkakan yang Umno akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor.

“Ternyata andaian saya meleset. Umno tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama.

“Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang jawatankuasa disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?” katanya. [seterusnya]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive