03 February 2010

Shamsul Azhar ganti Hassan Merican - CEO Petronas

STONE: Syukur Alhamdullillah BUKAN ORANG POLITIK yang akan menggantikan Tan Sri Hassan Merican. Macam kata Mahathir, PETRONAS akan lingkup kalau letak orang politik menerajuinya.

Memang Najib mempunyai hak untuk melantik sesiapa saja menerajui syarikat minyak negara itu, tapi oleh kerana kalau PETRONAS lingkup, kerajaan 1Malaysia najib pun mungkin

akan susah juga, jadi setelah berfikir panjang agaknya, maka orang dalam juga yang di lantik.

Apa-apa pun tahniah Datuk Shamsul !


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Shamsul Azhar Abbas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang berkuatkuasa pada 10 Februari 2010 menggantikan Tan Sri Mohd Hassan Merican yang mana tempoh kontrak perkhidmatannya akan tamat pada 9 Februari depan.

Perdana Menteri dalam satu kenyataannya hari ini memberitahu Shamsul Azhar, 57 turut dilantik memangku jawatan Pengerusi Lembaga Petronas.

"kerajaan mengucapkan terima kasih atas sumbangan besar Tan Sri Mohd Hassan kepada negara dan industri petroleum, selaku Pemangku Presiden, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas sejak tahun 1995," katanya di sini hari ini.

Mohd hassan mula berkhidmat dengan Petronas sejak tahun 1989 sebagai Naib Presiden Kanan kewangan sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1995.

Beliau kemudiannya menyandang sebagai Pemangku Pengerusi pada tahun 2004 hingga sekarang.

Shamsul Azhar sebelum ini bekas Pengarah Urusan MISC Berhad (MISC) yang merupakan syarikat perkapalan terkemuka yang dimiliki Petronas, telah bersara daripada jawatan itu pada Januari lalu.

Beliau merupakan antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Mohd Hassan selain lepas Pengerusi Petronas Dagangan Bhd., Datuk Anuar Ahmad dan bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Gas Bhd., Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

"Semasa tempoh perkhidmatan Mohd Hassan, Petronas telah diiktiraf sebagai sebuah syarikat berprestasi tinggi yang mendapat penarafan sebagai satu-satunya syarikat Fortunate 500 di negara ini.

"Beliau juga telah berjaya membawa Petronas ke pasaran luar negara dan dapat bersaing dengan syarikat minyak gergasi yang lain," kata Najib.

Dengan pengalaman yang luas ini, Perdana Menteri berharap Hassan akan terus menyumbang pengetahuan dan pengalaman beliau kepada pembangunan negara terutamanya dalam bidang tenaga. - mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive