Lebih 50 ribu telah hadir pada malam ini ... bukan saja di tengah-tengah padang ini malahan ramai lagi yang masih diluar, di tepi-tepi pagar ... itu lah antara kata-kata pengerusi majlis ceramah Grand Finale PRK Hulu Selangor yang telah diadakan di mini Stadium Kuala Kubu Bharu, yang baru saja tamat sekitar jam 12.15 tadi.
Ceramah dimulakan oleh YB Tian Chua diikuti oleh YB Azmin Ali. Kedatangan YB Karpal Singh dengan berkerusi roda mendapat terpukan gemuruh dari para hadirin. Karpal juga turut berucap selepas Azmin.
Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tidak ketinggalan untuk berucap memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor agar menolak BN dengan mengundi Datuk Zaid. Selepas LGE, Menteri Besar Selangor YAB Khalid Ibrahim mengambil tempat dengan berjanji akan menyelesaikan masalah peneroka-peneroka Felda yang telah berlarutan selama 30 tahun. Janji YAB Khalid telah mendapat tepukan gemuruh dari hadirin.
Selepas YAB Khalid, tiba gilirian calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid untuk berucap. Tuan Guru Nik Aziz juga telah menyampaikan amanat terakhir beliau untuk PRK kali ini berharap agar Pakatan diberi kemenangan. Ceramah diakhiri dengan ucapan dari DSAI.
Antara lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir termasuklah Senator Dr Syed Hussein, YB Husam, YB Lim Kit Siang, YB Zuraida (Ampang) dan bekas Speaker Perak, V Sivakumar
- gambar-gambar akan di uploadkan kemudian ...
2 comments:
Wow, 50 ribu?? ????? 74 peratus tu! Kita tnggu keputusan malam ni ye????
Hebat la....PR ni
Kau ni bermimpi diwaktu senja ketika org sedang solat maghrib, pembohong 70 ribu, kau pun penipu mcm Ayah Zit dan Anwar Ibrahim
Post a Comment