PAS mendakwa Umno sebagai parti bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi Bumiputera selama ini, setelah diberi kuasa lebih 53 tahun memerintah Malaysia. Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, beliau yakin isu ini akan terus dijadikan modal oleh Umno selagai parti itu berkuasa. Katanya, kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan ketidakupayaan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini
"Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat," ujarnya. Ustaz Idris berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.
"Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, KeADILan dan DAP pada 19 Disember 2009. Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi Bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor curut, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera?" tanya beliau.
Ustaz Idris hairan, bagaiman Umno yang mempunyai kuasa, membuat dasar, merancang dan melaksana, gagal mensasaran koata 30 peratus itu. "Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno jadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara," uajar beliau lagi. ... seterusnya

No comments:
Post a Comment