20 October 2010

Bajet Seluaq Dalam 2011 Najib kosong - Datuk Husam

KOTA BHARU, 19 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa menyifatkan Bajet 2011 sebagai kosong dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah dan orang kampung.

Katanya, Bajet 2011 tersasar daripada temanya kerana tidak menunjukkan transformasi ekonomi untuk lonjakan pendapatan rakyat sebagaimana dijanji Menteri Kewangan I.

“Bajet ini adalah gula-gula untuk orang kampung. Bagi masyarakat pelabur yang lebih sofistikated, bajet ini kosong.

“Saya baca begitu, orang lain saya tak tahu, tidak ada kaitan dengan transformasi yang nak dibawa, pengurangan cukai bagi seluar dalam, rambut merah, itu tiada kena mengena sangat kepada rakyat jelata, itu lebih fokus kepada pelancong,” katanya pada sidang media, di sini.

Mengulas pembinaan menara 100 tingkat, Husam tidak nampak rasionalnya bagaimana ia mampu menjana ekonomi.

“Beberapa negara mengalami kemerosotan ekonomi selepas bina menara-menara kerana resources ditumpu kepada projek yang tidak produktif kepada ekonomi secara makro, dalam kes KLCC Tun M (Tun Dr Mahathir) guna petronas untuk biayai pembiayaian menara.

“Tapi dalam kes menara 100 tingkat ini, kalau tidak berfungsi kelak program ini akan jadi satu pembaziran. Dan saya tak nampak negara kita perlu menara baru, malah ekonomi negara tak semestinya dijana dengan membina menara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan seolah-olah kekeringan idea bila hendak menjana ekonomi mesti melalui projek mega - Harakah
MS : Bukan dengan bina menara 100 tingkat kalau nak jana ekonomi. Itu bukan jana tapi pelingkup. Apa yang rakyat dapat dari Bajet Seluaq Dalam najib tu ... tak dapat apa-apa kecuali si mak janda (pinjam TT punya) tu dapat 111juta. Rakyat hanya boleh menyumpah ...

1 comment:

Anonymous said...

Bajet tutup kemaluan besar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive