MS : Awat hangpa buat macam tu, kesian hamba Allah tu. Apa dia nak makan? Dan yang dia pun awat yang ngok sangat, apa tunggu lagi, belah saja, pi masuk PKR ker PAS ker. Hahahahaha. Tu salah satu saja tuntutan puak-puak tu pada ketua bahagian depa, banyak yang lain lagi ... tuntut jangan tak tuntut ... payah-payah cabut saja .... hahaha
PERMATANG PAUH, 19 Okt: Tindakan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh memberi masa 44 hari kepada ketua bahagian, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid untuk menyelesaikan 16 tuntutan termasuk tunggakan gaji setiausaha kerja Umno bahagian yang tidak dibayar melebihi 20 bulan.
Harakahdaily difahamkan majlis 'Tranformasi Perjuangan Umno Permatang Pauh' yang dianjurkan oleh pemuda bahagian pimpinan Zaidi Mohd Said sengaja diatur bagi memalukan ketua bahagian yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti .
Tindakan itu dilihat untuk menggagalkan impiannya untuk menjadi calon BN di Dun berkenaan pada pilihan raya umum kelak.
Selagi ada Jalil, maka Zaidi sukar dinamakan sebagai calon sama ada di Dun Permatang Pasir atau Penanti apatah lagi di Dun Seberang Jaya yang sudah sinonim dengan Datuk Arif Shah.
Antara lain tuntutan itu ialah menyediakan blueprint atau perancangan program dan budget untuk tempoh dua tahun bagi memperkasakan Umno Permatang Pauh untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke 13.
Ketua bahagian dituntut bersikap lebih telus dalam dan terbuka soal peruntukan yang disediakan oleh agensi kerajaan dalam membantu rakyat. Kesemua jumlah yang diperolehi hendaklah dimaklumkan pada semua AJK bahagian dan sayap-sayap.
Menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyalurkan segala bantuan yang diterima oleh bahagian, agar tidak ada pihak yang terlepas pandang dalam menerima faedah.
Segala bantuan yang diterima untuk sayap hendaklah diagihkan terus secara sama rata bukan diagih pada pihak ketiga yang boleh menimbulkan pecah belah.
Segala peruntukan yang diterima oleh bahagian hendaklah diagihkan kepada sayap-sayap secara sama rata bukan digunakan sendiri oleh ketua bahagian.
Ketua bahagian hendaklah bertanggungjawab menyediakan dana khas bantuan untuk semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dalam parlimen agar Ahli JKKKP boleh bertindak dan bekerja dengan lebih berkesan.
Perlantikan Ahli JKKKP hendaklah dibincangkan dengan semua penyelaras dan harus merangkumi peranan semua sayap-sayap.
Menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang bertanggungjawab menyelaras semua permohonan yang dibuat oleh cawangan dan mempastikan permohonan cawangan-cawangan ditunaikan dalam tempoh masa tertentu.
Segala perlantikan jawatan politik yang diwujudkan di bawah kementerian-kementerian tertentu hendaklah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian.
Mempastikan segala arahan ibupejabat parti dilaksanakan bukan membiarkan arahan tersebut pada jawatankuasa bertanggungjawab sahaja.
Ketua bahagian hendaklah mempengerusikan semua Program Juara Rakyat peringkat parlimen bukan membiarkan pada pengerusi hingga semua AJK bahagian yang menjadi pengerusi terpaksa menanggung segala masalah berkaitan program tersebut.
Peruntukan yang diterima dari ICU hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatakuasa Bahagian.
Peruntukan Mayang hendaklah dipermudahkan cara agar ketua cawangan boleh menjadi wakil menyampaikan sumbangan pada mangsa bencana atau kematian tanpa menunggu Ketua Bahagian atau wakil yang datang.
Menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan peruntukan sedia ada yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan menjayakan semua program berbentuk pendidikan dan kebajikan.
Segala urusan parti hendaklah dilakukan di pejabat Umno bahagian, pejabat yang ada di luar pejabat Umno hendaklah ditutup dan dipindahkan secepat mungkin [HD]

No comments:
Post a Comment