04 October 2010

Mahathir dah tersungkur - Azmin

KUALA LUMPUR: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai pemimpin yang sedang tersungkur di negara itu.

Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan cabang Gombak tanpa menamakan individu berkenaan. Beliau kemudian mengakui ia merujuk kepada Dr Mahathir ketika ditemui media selepas itu, malah menyifatkan sindiran itu lebih lunak dan sesuai untuk pemimpin berkenaan. Ditanya kenapa membuat sindiran itu, Azmin berkata, ia disebabkan kedegilan Dr Mahathir bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa memperjuangkan agenda perkauman sempit.

“Saya berharap Dr Tun Mahathir sebagai pemimpin yang sudah lama memimpin negara ini harus mengambil tanggungjawab besar kerana Malaysia akan lebih maju jika fahaman perkauman sempit tidak diamalkan dalam pemerintahan hari ini," katanya.

Sebelum itu, ketika ketika berucap di depan 145 perwakilan yang hadir pada mesyuarat berkenaan, Azmin berkata, jika PKR sebagai parti pelbagai kaum mahu menjadi parti yang maju, fahaman perkauman sempit seperti dibawa oleh perlu dihindari oleh semua ahli dan pemimpin parti itu - BH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive