Oleh Rahmah Ghazali
DIKEMASKINI SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan Pelan Greater Kuala Lumpur yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2011 di Parlimen bulan lalu .
Pelan ini meliputi pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat, sebuah projek yang menerima kritikan teruk dari para pemimpin Pakatan Rakyat.
Ketika menjawab soalan daripada Shafie Abu Bakar (PAS-Bangi) pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Khalid berkata inisiatif seperti itu harus diterima kerana pembinaan menara itu akan memacu pertumbuhan ekonomi.
Pada masa yang sama, beliau berkata, pelan cadangan kerajaan persekutuan untuk Greater Kuala Lumpur harus disokong kerana pelan ini akan menyuntik pertumbuhan ekonomi di Selangor.
"Berlaku perdebatan hangat tentang cadangan ini di Parlimen, sama ada terdapat keperluan kepada bangunan pencakar langit seperti itu. Tapi inisiatif seperti itu harus diterima kerana ia akan merangsang perkembangan ekonomi di Selangor dan Malaysia dengan lebih pesat," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Khalid menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong pembinaan pencakar langit setinggi 100 tingkat kerana ia masihterbuka untuk perdebatan.
"Kita perlu berdebat mengenai keperluan dan kajian kemungkinan projek dan saya tidak menyokongnya. Saya berminat dengan pelan Greater Kuala Lumpur. Tapi kita perlu berbincang mengenai kelebihan dan kekurangan projek 100 tingkat itu," katanya.
Khalid, bekas pengurus PNB juga berkata, kerajaan persekutuan harus menilai apa yang menjadi keutamaannya dan sama ada projek itu boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
"Saya tidak fikir menara itu lebih penting dari menyediakan prasarana kepada kemudahan rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
"Saya datang dari kumpulan akademik. Ini bermakna kita perlu berdebat, yang mana satu menjadi keutamaan kita," katanya.
Debat untuk projek-projek tertentu
Apabila diulangi pertanyaan oleh para pemberita sama ada beliau menyokong projek itu (menara), Khalid menjelaskan adalah lebih penting beliau melihat kesan dari projek itu.
"Tidak, tidak……saya tidak tahu (sama ada saya patut sokong projek itu). Saya mahu melihat angka untung ruginya……apa yang saya kata segala konsep yang menyentuh Lembah Klang sebagai pencetus pertumbuhan ekonomi di Malaysia, saya sokong.
"Tapi terdapat perdebatan tentang projek-projek tertentu seperti bangunan 100 tingkat sama ada kita harus mengswastakannya atau memanggil tender terbuka. Saya belum melihat konsepnya. Jika hanya kerana hendak membina bangunan, saya tidak akan menerimanya," katanya.
Khalid berkata, mesti ada sebab kenapa pembangunan yang begitu besar perlu di kawasan itu, yang dicadangkan dibina di celah-celah Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
"Sebab itu, saya cadangkan diadakan perdebatan. Saya belum melihat fakta dan angka dari PNB. Kalau dilihat dari standard PNB, mereka seharusnya sudah mempunyai fakta dan angka itu. "Jika tidak, ianya sungguh memalukan buat PNB. Ini bukan projek kecil, dikatakan ia bernilai RM5 bilion," katanya - Free Malaysia Today

No comments:
Post a Comment