16 November 2010

Pemuda ditahan cuba rogol ibu

LONDON: Seorang pemuda ditahan kerana disyaki cuba merogol ibunya dan mencungkil mata wanita itu tidak lama selepas polis memeriksa kediaman mereka.
Mangsa, 53, hilang deria penglihatan akibat kejadian itu.

Pemuda berusia 22 tahun itu ditahan ketika melarikan diri dari rumah dalam keadaan berbogel sambil melompat di atas kereta.

Dua jam sebelum itu beberapa pegawai polis memeriksa kediaman dua beranak itu selama 30 minit selepas menerima aduan jiran bahawa pemuda itu melontar objek seperti komputer dan televisyen ke luar rumahnya.

Pemuda itu tinggal bersama ibunya, seorang jururawat dan adik perempuannya di kediaman empat bilik di Slough, Berkshire. Dua jam kemudian, pemuda itu berlari keluar dari rumah dalam keadaan berbogel dan melompat ke atas kereta jiran yang membelok di simpang jalan.

Seorang saksi berkata, pemuda itu melompat dari sebuah kereta ke kereta lain sebelum dirempuh hingga melambung lalu tercampak di tepi jalan. Polis mendapati ibunya mengalami kecederaan di mata dan kemungkinan diserang secara seksual. - Agensi/Metro Maya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive