27 December 2010

Lepas rogol minta amah bersumpah tak buka rahsia pula ... memang Menteri Haramjadah

Menteri ini mungkin terselamat daripada pendakwaan berikutan keengganan amah itu mengambil tindakan undang-undang kerana takut dan malu. Malah, saksi yang menemui keluarga amah itu menyatakan bahawa amah itu takut untuk mendedahkan nama menteri itu kerana sudah bersumpah tidak akan membocorkan hal itu dan jika melanggarnya dia akan disumpah tiga keturunan. Apabila menyentuh soal sumpah, kes ini sudah macam kisah Mahsuri. Malah lebih epik daripada sumpah Mahsuri kerana sumpah Mahsuri itu belum terbukti betul atau tidak, tetapi sumpah menteri ini sudah dinyatakan di bawah ini.

Hebat pak menteri ini, sudahlah dirogol amahnya, dimintanya pula amah itu bersumpah untuk tidak membocorkan rahsia itu. Keparat betul!

Seperti yang saya nyatakan sejak beberapa hari ini, bangkai busuk tidak dapat disembunyikan lama-lama kerana baunya akan menusuk hidung orang ramai. Walaupun menteri ini tidak akan didakwa (mungkin. Kita doakan agar amah itu mengubah fikiran dan seterusnya melaporkan perilaku buruk menteri itu kepada pihak polis), namun hal itu tidak menghalang orang ramai mencari gerangan menteri itu.

Yang menariknya, dalam sibuk-sibuk orang bermain teka-teki, sudah banyak blog baik yang mesra BN mahupun mesra Pakatan Rakyat berkias-kias tentang gerangan menteri itu. Ada yang siarkan klu, ada yang sudah berani siarkan gambar. Ada yang geleng kepala apabila berjaya menangkap maksud di balik kiasan-kiasan di internet.

Siapa sangka?

Saya petik:


[HD] Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiub juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjar Negara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily. - Zulkifli Sulong

P/s: Kenyataan media Migrant Care turut menyatakan tentang menteri yang berasal dari Kedah turut didakwa merogol amahnya sekitar tahun 2005. Siapa menteri itu?
MS : Inilah salah satu sebab yang masing-masing nak sangat jadi menteri ka timb menteri ka s/u parlimen ke sebab depa ni ada satu macam imuniti, kebal tak makan saman - mamang haramjadah sungguh depa ni. Buat lah apa pun boleh di tutup, dilenyapkan macam tu saja. Tapi sebenarnya depa ni masing-masing macam hang jaga aku, aku jaga hang la, sebab masing-masing ada kes, jangan kata anak buahnya, yang bapanya pun macam semua orang dah tau kes lagi besar, kalau setakat tangkap khalwat di PD tu kecik jer .... tapi yang aku hairan nya kes ni terjadi masa zaman pak lah - setakat yang aku tau pak lah ni bersih la - tapi pasai apa pak lah nak tutup pula?
Syok o jadi menteri di Malaysia ni - rogol orang bunuh orang tepuk pungkoq orang, ambik bini orang semua boleh lepas ..... Jom kita ramai-ramai jadi Menteri ..... hahahahahahaha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive