06 February 2011

'Anwar cakap tidak serupa bikin' - Pajudin


Pajudin bersalaman dengan Musa Aman, KM Sabah

KUALA LUMPUR, 6 Feb — PKR membentuk sebuah majlis presiden untuk menguruskan badan perhubungan negeri Sabah ekoran keputusan ketuanya yang baru, Pajudin Nordin keluar parti dan menyertai Umno semalam.

Langkah itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua cabang Sabah di Kota Kinabalu petang ini.

Pagi tadi di Kuching, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pajudin kemungkinan memutuskan untuk keluar PKR dan menyertai Umno semalam kerana menganggap keputusan menggantikan beliau buat sementara sebagai satu tamparan ke atas kepimpinannya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengakui memang ada keputusan untuk melantik Dr Wan Azizah menerajui badan perhubungan negeri Sabah buat sementara sehingga krisis semasa reda.

PKR Sabah berhadapan dengan krisis kepimpinan selepas Pajudin dilantik sebagai ketua negeri itu pada 10 Januari lalu. Pelantikannya dibantah 18 daripada 25 cabang PKR Sabah.

Pajudin, 42, berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang tidak serius dalam menangani masalah-masalah dan isu Sabah.

“Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan ‘cakap tidak serupa bikin’.

“Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya... maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti,” kata Pajudin.

1 comment:

Anonymous said...

muka penyapu kerjanya gitu .sogok duit.. semua OK.JENIS2 MAQNUSIA TIDAK BOLEH DIBUAT BAIK.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive