08 February 2011

TERKINI : Bekas menteri mati ditembak

Bekas menteri disyaki rasuah mati ditembak

Setiausaha Kesihatan berkata, bekas panglima angkatan tentera yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan mati akibat kecederaan tembakan.

Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona, berkata Jeneral Angelo Reyes diumumkan mati selepas tiba di hospital hari ini selepas ditembak di bahagian dada. Ona enggan mengesahkan sama ada Reyes membunuh diri berkata, dia masih menunggu laporan bedah siasat. Reyes ketika ini menjadi perhatian umum selepas seorang bekas pegawai bajet tentera menuduhnya melakukan penyelewengan.

Beliau berkhidmat di bawah pentadbiran Presiden Joseph Estrada dari 2000 hingga 2001 dan memegang beberapa jawatan Kabinet ketika penggal Presiden Gloria Arroyo dari 2001 hingga 2010. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive