02 February 2011

Tiada kerjasama PAS-UMNO jikapun dipelawa Agong - Khalid


PETALING JAYA, 2 Feb — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) menegaskan PAS tidak akan berganding dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan, yang diharapkan oleh parti teras BN itu sejak 2008, jikapun pihaknya dipelawa berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

“Saya memberi jaminan bahawa PAS tidak akan menyertai Umno-Barisan Nasional (BN) meskipun dipelawa oleh Agong,” kata beliau ketika berucap pada pertemuan pertama program Jelajah Pemimpin 2011 anjuran PKR di sini malam tadi.

Sambil merujuk kepada pertemuan 24 Disember 2010, Yang Dipertua PAS Shah Alam itu berkata, bekerjasama dengan umno seolah-olah menjalin kerjasama dengan mereka yang tidak mengendahkan amalan Islam dan mengibaratkan Umno dengan umat Islam yang berkunjung ke kelab-kelab malam untuk mengambil minuman keras.

Justeru kata beliau, PAS lebih rela untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP menerusi Pakatan Rakyat berdasarkan prinsip Islam yang mengutamakan keadilan dan kebenaran, bukannya hanya kerana kaum semata-mata.

“Kami menerima Pakatan Rakyat kerana Umno sudah busuk hingga ke teras,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis santapan diraja di Istana Terengganu, Kuala Lumpur atas jemputan Yang di-Pertuan Agong.

Pertemuan itu difahamkan ada menyentuh soal kerjasama Umno dan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan walaupun matlamatnya tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun pada 7 Januari lalu, Najib yang juga presiden Umno mengambil langkah Nik Aziz untuk tidak mahu mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu pada 24 Disember yang dihadiri atas jemputan Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu.

“Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan Agong mahukan ia satu majlis peribadi,” kata Najib.

Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup ‘book’ (buku) dah,” kata beliau sehari sebelum itu.

Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu tiada kaitan dengan isu politik.

Nik Aziz berkata, berkata pemergiannya itu adalah bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas perdana menteri itu melawatnya di Hospital Universiti Sains Malaysia.

“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya.

“Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap,” katanya.

Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

Isu kerjasama politik antara Umno dan PAS telah muncul banyak kali sejak keputusan pilihan raya umum Mac 2008.

Tiga hari kemudian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu.

PAS kini menguasai 23 kerusi Parlimen dan bersama DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Menerusi kerjasama itu pemimpin PAS mengetuai kerajaan negeri Kedah dan Kelantan manakala wakil DAP dan PKR masing-masing merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor. - TMI

3 comments:

Zakir said...

Satu kenyataan yang dianggap sungguh bongkak, ego dan orang yang tiada matlamat. PAS lebih rela bersetongkol dengan DAP yang terang2an menentang penubuhan negara Islam, berhasrat kearah penubuhan Republik (umpama Singapore) dan bersifat rasis cauvinis cina. Saya tidak menyebelahi mana2 pihak kerana saya tidak suka berpolitik, sebaliknya saya melihat apakah jalan yang paling baik yang dapat dilakukan bagi mengembalikan perpaduan ummah di negara ini. Pendekatan PAS yang tidak akan berkompromi dengan UMNO mencerminkan akhlak PAS yang tidak sukakan perpaduan, dan mengamalkan politik berdendam. Yang untungnya hanyalah DAP kerana mereka tidak perlu bersusah payah lagi mempengaruhi orang2 Melayu kerana bersama2 mereka sendiri adalah orang2 Melayu yang lupa asal usul, tiada jadi diri (boleh mengaku bukan bangsa melayu) dan tidak peka kepada sejarah. Hmm...seburuk2 UMNO sekalipun, mereka tidaklah sampai tergamak menggadaikan agama, kalimah Allah, bangsa sendiri dan mengkafirkan orang Islam lain yang tidak menyokong aliran mereka. Hmm...apa nak jadi bangsa melayu ni.... :-(*

Anonymous said...

Zakir, komen anda tidak relevan, siapa yang gadai agama? Ada mata dibutakan, ada telinga dipekakkan, ada mulut disumbat dengan makanan yang HARAM,

Melayu yang berfikiran seperti andalah Melayu yang BANGSAT

Zakir said...

Hmmm...akhlak seseorang itu dilihat cukup melalui bahasa yang digunakannya. Dari dulu (sejak zaman student) sampai la sekarang, sama saje... wallahu'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive