28 March 2011

Azmin akan saman polis

SHAH ALAM, 28 MAC: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali akan mengambil tindakan undang- undang terhadap polis kerana menyerbu dan mencetuskan provokasi di majlis pelancaran kempen “Datuk Najib- Altantuya (DNA) di Gombak Sabtu lalu.

Awal pagi tadi, Azmin, Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari diberikan notis untuk hadir di Balai Polis Ampang bagi memberi kenyataan bersabit majlis itu.

Azmin berkata pencerobohan polis pada majlis itu menyalahi undang- undang kerana ia diadakan di perkarangan pejabat beliau dan justeru itu tidak memerlukan permit sebagaimana yang dituntut oleh polis.

Pada majlis itu, Anwar dilarang meneruskan ucapan, malah dilaporkan dikasari oleh anggota Polis Simpanan Persekutuan yang cuba memaksa beliau untuk meninggalkan majlis berkenaan. Anwar berkata beliau tidak menyalahkan polis kerana mereka hanya mengikut arahan tetapi mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Najib Razak yang begitu khuatir terhadap pendedahan hubung kait antara beliau dan Altantuya Sharibuu yang mati dibom pada tahun 2006.

Azmin memberitahu pemberita, polis bertindak diluar batas kuasa dalam keghairahan untuk menyuraikan pelancarkan kempen DNA itu. "Saya telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan undang- undang kepada polis yang menganggu dan mencetuskan provokasi dalam ceramah di pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak pada tiga malam lalu,” kata Azmin.

“Kekecohan itu hanya timbul apabila pihak polis menyerbu masuk (ceramah) dengan ganas dan tidak berperikemanusiaan untuk menggangu program kami pada malam itu. Ini adalah satu tempat persendirian. Mereka tidak ada hak untuk memasuki kawasan berkenaan,” tambah beliau.

Azmin berkata tindakan polis memberikan notis kepada beliau dan dua pemimpin PKR yang lain untuk hadir member kenyataan juga menunjukkan niat jahat badan itu. “Cara penyerahan itu seolah- olah saya dan teman- teman seperti penjenayah. Saari Sungib menerima notis jam 2 pagi. Amiruddin Saari menerima notis jam 2.30 pagi.

Mengapa mereka dalam keadaan tergesa- gesa untuk menyerahkan notis ini. Seolah kami ini pengganas dan kami tidak dimaklumkan apa tujuan notis ini dan apakah keterangan yang hendak diambil daripada kami," kata Azmin. “Saya telah menghubungi OCPD Ampang, ACp Amiruddin sebaik notis diterima dan beliau tidak memaklumkan tujuan keterangan diambil namun mendesak saya untuk hadir hari ini,” kata Azmin.

Azmin berkata penguamnya telah memaklumkan polis bahawa beliau hanya akan hadir pada Rabu ini untuk member kenyataan yang dikehendaki. - tvsnews-

1 comment:

Anonymous said...

saya nk ingatkan saudara azmin aga jangan cuma saman polis saja tapi saman juga adik kamu yang kurang ajar tu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive