27 March 2011

Tabung Keadilan : RM802 ribu dikutip dihari pelancaran

KUALA LUMPUR: KEADILAN hari ini melancarkan kutipan dana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13.

“Kita tak mampu gunakan pendapatan sendiri, tetapi kita cuba jumpa rakyat yang kuat sentimen untuk membantu parti, yang benci perkembangan politik, kezaliman, dan kegilaan yang ada sekarang ini,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian pelancaran itu di Hotel De Palma, Ampang di sini, petang ini. Hadir sama, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Biarpun baru dilancarkan, atas semangat jitu terhadap pejuangan rakyat marahen, sejumlah RM802,000 berjaya dikumpulkan setakat ini.

Dalam pada itu, Bendahari KEADILAN, William Leong berkata, kutipan itu bertujuan untuk membayar pelbagai penyediaan material seperti program ceramah dan sebagainya.

“Untuk membayar bot, petrol, percetakan untuk sebaran kepada rakyat, melawat rumah ke rumah dan ia kemungkinan memakan jutaan ringgit,” katanya.

Program kutipan dana ini akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 yang kemungkinan akan berlaku bila-bila masa. Untuk membuat sumbangan, semua maklumat ada di laman ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive