28 March 2011

TERBARU : Rumah YB Azmin diserbu polis

KUALA LUMPUR: Sepasukan polis ‘menyerbu’ rumah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali di Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Ampang di sini, kira-kira jam 11.30 malam ini. Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti. Hal ini disahkan pembantu kepada Azmin, Juwairiya Zulkifli kepada KeadilanDaily. Difahamkan, kehadiran pihak berkuasa itu bertujuan menyerahkan arahan supaya Azmin untuk memberi keterangan kepada polis mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah, kepada Ahli Parlimen Gombak itu. Kehadiran polis itu dipercayai berkaitan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, semalam. Dalam pada itu, beberapa paparan di laman facebook menyatakan polis mengepung rumah Azmin tetapi kesahihan maklumat itu belum dapat dipastikan. Dalam ceramah di Taman Melawati itu, kekecohan berlaku apabila polis mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari pentas ceramah hingga menimbulkan kemarahan rakyat. - KD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive