29 March 2011

Video sex : Boleh siasat, tapi guna qazaf - Ketua Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata parti Islam tidak takut pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks yang didedahkan awal minggu lalu, didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak takut pada siasatan. Malah saya yakin Datuk Seri Anwar (pun) tidak pernah takut pada siasatan, malah kini beliau juga sedang berdepan dengan siasatan dan pembicaraan panjang di mahkamah mengenai isu liwat.

“Kini beliau berdepan pula isu fitnah zina. Cuma apa yang saya mahu tegaskan ialah, ikut panduan dan pedoman Islam," kata Nasrudin dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas pandangannya disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

Rakaman video seks itu, yang tiga “Datuk T” mengakui bertanggungjawab ke atasnya, dipertontonkan kepada wakil media awal minggu lalu. Polis kini sedang menyiasat perkara tersebut termasuk telah mengambil keterangan daripada tiga “Datuk T”.

Akhbar itu memetik Nasrudin antara lain berkata, beliau bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan dan ketelusan.

Dalam penjelasan hari ini, Nasrudin berkata, menuduh mesti berbukti dan bersaksi menepati kehendak prindip Islam.

“Siasatan dan pembicaraan mesti adil. Jika dari mula plot dan dramanya adalah untuk mengaibkan dengan membuat pendedahan separuh terbuka supaya ia menjadi fitnah dan memalukan, saya bimbang siasatan yang dibuat hanyalah untuk membenarkan drama fitnah tersebut,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, semua pihak mesti kembali kepada Allah swt dengan penuh ketaqwaan dan bertindak berasaskan iman.

Kata Nasrudin, beliau siasatan mesti berpaksikan keadilan kerana tanpa keadilan atau tanpa mengambil kira ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, bukan sahaja tindakan itu tidak Islamik malah keadilan tidak akan tercapai dan apa yang paling besar ialah penuduhnya berdepan dengan hukuman qazaf.

“Justeru menuduh tanpa mendatangkan saksi dan bukti yang jelas mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syarak,” katanya lagi. Nasrudin berkata, kalaupun mereka dakwa bahawa memiliki bukti iaitu klip video aksi seks, “siapa saksinya sewaktu adegan seks itu berlaku.”

“Cukupkah empat orang saksi? Kalau cukup mana saksi-saksi itu? Datuk T ? Tu baru tiga orang. Itu pun, mereka saksikan berdepan atau hanya saksi melalui rakaman video?

“Dan apa yang paling penting dalam isu ini ialah kenapa mereka tayang kepada wartawan terlebih dahulu? Kenapa tidak siasat dulu secara tertutup?” katanya. Nasrudin menambah, adakah mereka sengaja mahu memfitnah dan mengaibkan orang dan sama ada mereka faham atau tidak erti qazaf.

“Atau... diperbuat daripada apakah kulit belakang mereka sehingga memandang rendah kepada qazaf? Apakah tiada hitungan dosa pahala dalam tindakan? Tidak terfikirkah pula azab seksa Allah?” katanya lagi.

Sehubungan itu Ketua Pemuda PAS berkata beliau bersetuju benar kenyataan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai isu ini. “Apakah iklim politik negara kita mahu diseret dalam kancah politik fitnah dan lucah sebegini? Apakah sudah kehabisan strategi dan kelicikan berpolitik sehingga mengambil kaedah keji dan hina ini?” katanya.

Mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan, Nasrudin berkata beliau menegaskan kepada akhbar berkenaan bahawa beliau tidak mahu bercakap soal mekanisme kerana soal penubuhannya adalah soal mekanisme.

“Apa yang saya mahu tegaskan ialah soal prinsip. Prinsipnya ialah, yang menuduh apalagi yang memfitnah mestilah mengemukakan bukti dan saksi yang jelas mengikut kehendak Islam, saksi zina mestilah empat lelaki yang adil.

“Apa yang saya kesal ialah, tuduhan dan fitnah telah dibuat dan didedah merata — riti kepada umum kemudian baru bercakap soal nak siasat oleh pihak yang mendedahkannya. Ini tidak betul,” katanya. Nasrudin berkata, prinsip yang mesti dipertahankan dalam siasatan ialah keadilan.

“Jika tubuh suruhanjaya siasatan tetapi tidak ditegakkan prinsip keadilan tadi maka tiada ertinya. “Siasat untuk membenarkan fitnah, siasat untuk membenarkan pengkhianatan tanpa berpaksikan prinsip keadilan atau mencari keadilan dengan amanah, jujur, telus adalah salah dan tidak boleh diterima,” katanya.

Kata Nasrudin, setelah dibuat tuduhan dan fitnah sedemikian rupa dan pendedahan memalukan dibuat sedemikian rupa baru bercakap soal siasatan dan penubuhan suruhanjaya, beliau bimbang suruhanjaya itu ditubuhkan hanya untuk membenarkan fitnah bukan mencari keadilan - TMI

2 comments:

leekonyou said...

Ramainya ustaz tapi takde satu pun yang suruh Anuwar bersumpah didalam majlis tu.....sumpah memegang Al-Quran Anuwar tak berzina dengan amoy seperti dlm video.
Lepas sumpah, barulah boleh buat solat hajat. Baru betul dan berkat majlis tu. (Dlm majlis UMNO dulu buat macam ni pada DS Najib, bersumpah tidak bunuh Altantuya).

zane said...

Sumpah hanya di depan hakim, di mahkamah setelah segala proses perundangan dipenuhi, faham?!
Ada lagi manusia yg malas nak mencari dalil mengapa sumpah tidak boleh dibuat main. Islam melarang bersumpah menggunakan Al Quran kerana pertamanya ia menyerupai amalan orang nasrani. Keduanya, bila kedua2 pihak bersumpah menidakkan tuduhan bermakna ada satu yang berbohong. Dan berbohong di depan Al Quran adalah menghina kesucian Al Quran walau siapa yg melakukannya. Yakinkah kamu dengan sumpah manusia? Allah tidak akan sekali2 mengingatkan kita dengan sumpah dusta dalam Quran jika manusia tidak melakukannya. Memang ada manusia yang berani berbohong dengan nama Allah! Apa nak diherankan? Oleh itu atas nasihat para ulamak muktabar termasuk pengerusi majlis ilmuan Islam sedunia Dr Yusof Qaradhawi, maka Anwar mematuhi perintah berlandaskan syariah ini, iaitu tidak akan melakukan perkara bodoh ini semata-mata nak mengikut telunjuk UMNO.

Kalau tak faham lagi sah kepala otak letak kat lutut!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive