29 April 2011

Dedah Video Seks tanpa edit langkah terdesak

oleh : Pemuda Sarawak

Nampaknya, perancangan yang rapi terus dibuat oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Skrip diatur dengan baik untuk menggambarkan beliau adalah pelakon lelaki dalam video seks yang telah didedahkan itu. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Anwar sendiri bahawa pihak polis mengatur perjalanan konspirasi ini dan melindungi dalang yang terlibat. Bukti jelas, bagaimana video terbabit boleh terus tersebar dalam laman Youtube sedangkan video tulen yang asal satu-satunya ada dalam simpanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ia diserahkan oleh “Trio Datuk T” semasa mereka disiasat oleh pihak polis tentang kes ini.

Anehnya, bagaimana video yang dalam simpanan itu boleh terus tersebar. Malah, ia dibongkar pula oleh blogger-blogger UMNO seperti papagomo dan yang lainnya. Bukankah ini menunjukkan pihak polis telah berpakat dengan blogger terbabit untuk membenarkan mereka menaik turun video tersebut di laman Youtube mengikut arahan yang telah ditetapkan. Lantaran itu kita tidak hairan, ketika video pertama didedahkan dulu pemilik akaun Youtube terbabit didaftar di Thailand kemudian terbaru dua hari lepas (27 April) dalam versi yang kedua pula pemilik didaftarkan di Indonesia.

Pihak polis sebelum ini mengesahkan mereka akan menyiasat siapakah dalang yang menyebarkan video itu di Youtube. Tapi, apakah rakyat boleh percaya? Bayangkan Datuk Eskay begitu baik menyerahkan DNA di Bukit Aman dua hari lalu. Beliau hadir ke situ pada jam 10.00 pagi dan keluar sekitar jam 1.30 petang. Anehnya video siri kedua adengan seks tersebut, tiba-tiba boleh keluar di laman Youtube pada jam 1.30 petang hari yang sama. Ini jelas sesuatu yang memusykilkan sebenarnya.

Aneh, Video Tulen Pada Polis Keluar Ke Youtube

Paling menakjubkan apabila paparan video pada versi pertama kedua dan ketiga (penuh) jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Bayangkan pada versi pertama dulu ada kelihatan paparan tulisan Thailand pada skrin dan video itu tidak mempunyai paparan durasi masa. Tetapi pada versi kedua, tulisan Thailand sudah hilang pada skrin dan tiba-tiba wujud pula paparan durasi masa pada video tersebut.

Lebih mengejutkan pada paparan terbaru semalam (28 April) tulisan Thailand sudah tiada semula dan begitu juga paparan masa sudah tidak terdapat lagi pada video berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula pihak polis awal-awal lagi sudah mengesahkan video itu adalah “tulen”. Bukankah ini menguatkan lagi hujjah kita sememangnya ia adalah perancangan yang dibuat antara Trio Datuk T, pihak polis dan blogger UMNO sebenarnya. Mereka juga boleh mendaftar satu akaun Youtube sementara untuk mengelirukan kita semua.

Mengejutkan, video seks tulen yang berbeza-beza pada pendedahannya

Bayangkan pemilik akaun Youtube hanya berdaftar sehari sebelum video dipaparkan. Kemudiannya selepas pihak media arus perdana seperti TV3 menyiarkan sedutan paparan video tersebut, tiba-tiba video itu dikeluarkan dari paparan Youtube terbabit. Bukankah ini satu perancangan yang dibuat, kononnya bagi menyukarkan pihak polis untuk menjalankan siasatan. Walhal, kemungkinan besar ia adalah sandiwara yang telah dirancang oleh mereka bagi menguatkan lagi konspirasi ini.

Video Tanpa Edit Untuk Bantu Sumpah Si Eskay

Tidak mengejutkan apabila rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan lelaki mirip Anwar dimuat naik di Youtube semalam (28 April). Ia jelas merupakan satu langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas beliau yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan semalam termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru dua hari lalu. Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu oleh “Datuk T”. Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang semalam ahli perniagaan Datuk Eskay yang merupakan salah seorang “Datuk T” mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat hari ini. Biar pun Datuk Eskay mempelawa Anwar turut sama melakukan sumpah laknat, namun mantan TPM itu menegaskan tidak akan menyahut cabaran tersebut kerana dia bukan lelaki dalam video itu.

[Walau apapun yang terjadi rakyat diminta bersabar dan melihat adengan ini dengan teliti. Satu persatu pendedahan yang dilakukan ini menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO Barisan Nasional. Bukan persoalan siapa pelaku atau siapa melakukannya. Namun, mereka benci kerana pemimpin UMNO dan musuh Anwar sanggup menggunakan "politik lucah" demi untuk menjatuhkan imej dan maruah dirinya.

Mereka semakin takut dengan gelombang kebangkitan rakyat. Apa yang pasti, semua yang terjadi dalam kes ini jelas membuktikan ia adalah satu persediaan yang rapi untuk tetap menghantar Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh jika pun beliau dibebaskan dalam kes liwat Saiful pada 16 Mei ini. Itulah hakikat sebenarnya yang merupakan kenyataan apa yang terjadi ini. Oleh itu, rakyat diminta bersiap sedia untuk melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ternyata kerajaan UMNO BN sudah ketandusan idea untuk bermain dengan politik. Hingga mereka terpaksa melacurkan apa sahaja yang boleh, demi melempiaskan hawa nafsu dan dendam kesumat masing-masing.].

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive