KUALA LUMPUR: Pemimpin tinggi Perkasa sekali lagi mengingatkan pihak tertentu supaya menghentikan tindakan menghina Islam.
Datuk Ibrahim Ali berkata, jika mereka terus berbuat demikian orang Melayu akan berjihad mempertahankan Islam.
“Orang Melayu berjihad mempertahankan Islam walaupun hanya saya seorang” kata presiden Perkasa di depan 300 ahli dan penyokong di sini hari ini.
Kira-kira 50 anggota polis berkawal di sekitar kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di mana program itu diadakan.
Bagaimanapun, Ibrahim ahli parlimen bebas Pasir Mas berkata, Perkasa tidak mahu menimbulkan kekacauan dan bergaduh dengan kaum lain.
Tetapi menurutnya, ada segolongan yang tidak tahu menghormati Islam.
“Kepada golongan ini saya mahu mereka jangan bermain api. Saya tidak mahu mereka sentuh agama Islam.
Saya tidak mahu tengok perempuan bogel duduk atas Kaabah,” katanya yang mendapat tepukan semangat dari orang ramai - FMT
1 comment:
aku tenguk kat negara ini orang melayu sendiri yang tak hormat islam...bukannya bangsa lain.untuk merapu bolehle brahim katak cakap.
Post a Comment