KUALA LUMPUR: PAS kini berjuang untuk DAP dan bukan lagi kepentingan. Melayu dan agama Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dulu nak pandang muka DAP pun tidak mahu kini PAS kata jangan sentuh DAP walau dalam hal orang Melayu dan agama Islam..
“Dulu Karpal Singh kata kalau PAS nak tubuh negara Islam kena langkah mayat mereka dulu.
“Kini sudah terbalik” kata bekas presiden Umno ketika
merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Cheras hari ini.
Dalam ucapan kira-kira 40 minit Dr Mahathir berkata, PAS menjadi titik mula perpecahan orang Melayu.
Kata bekas presiden Umno itu, ulamak yang asalnya dalam Umno tidak puas hati kerana tidak diberi tempat telah bertindak keluar menubuhkan PAS.
“Puncanya orang Umno yang pandai bahasa Iggeris diberi tempat, mereka golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris tidak diberi tempat,“ katanya.
Dr Mahathir juga menyelar Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memutar belit ayat Quran dan berbohong.
Menteri Besar Kelantan itu dakwa Dr Mahathir sanggup bekata tidak salah orang Islam berpecah dua.
“Boleh PAS nak lawan Umno tapi jangan bersekongkol dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dia (PAS) nak lawan kita seorang sama seorang pun boleh. Jangan (bersama) dengan DAP,” katanya.
1 comment:
Mamak Mahathir...Islam memang boleh dibahagi kepada dua.Satu Islam sejati(MUKMIN) dan satu lagi Islam MUNAFIK (MUNAFIQUN).Bacalah terjemahan Al Quran kalau tak faham Bahasa Arab.Jangan duk rajin baca buku-buku doktrin orang putih saja sampai apa pon tak tau tentang ISLAM.
Post a Comment