18 June 2011

Jamil Khir lebih faham Islam dari Persatuan Ulama Malaysia? ... hebat mamat ni

KUALA LUMPUR: Pihak yang membantah karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam tidak memahami undang-undang Islam serta menafikan kewujudan sains dan teknologi dalam Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihak yang mengecam Utusan Malaysia kerana menyiarkan karikatur itu adalah mereka yang berfikiran sempit mengenai Islam.

“Persatuan Ulama Malaysia (PUM) sepatutnya berfikiran lebih luas dan jangan cuba menghina Islam dengan menafikan penggunaan video sebagai bahan bukti dalam undang-undang Islam.

“Karikatur itu bukan menghina Islam sebaliknya cuba menyampaikan bahawa video boleh digunakan sebagai bukti dalam undang-undang Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan PUM mengecam karikatur yang disiarkan dalam Utusan Malaysia sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Jamil Khir berkata, pihak yang membantah karikatur itu adalah perbuatan mereka yang tidak memahami undang-undang Islam. - UM

STONE :  Jamil Khir bukan sebenarnya faham Islam, tapi dia lebih faham macamana nak jaga periuk nasi dan nak bodek Najib. Kalau mamat ni betui-betul faham Islam dan betul-betul nak mempertahan Islam, hanya perkara kecil yang sehingga ke hari ini dia tak berani melakukannya.
Sebelum ini dah beberapa kali aku (dan ramai lagi) mengharapakn agar si Jamil ni menasihatkan bini Najib yang katek pendek tu untuk menutup aurat (bertudung) tapi sehingga kini perkara tu masih tidak dilakukannya. Nampak sangat Islam Jamil hanya lah kerana politik. Haprak punya menteri Agama

1 comment:

maie1958 said...

mamat ni dah makin bodoh sejak jadi menteri najibrosmah,jilat mat jangan tak jilat,duit gaji bolih simpan bawak mati....kesian umnogok ni!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive