17 June 2011

Renungan pagi : Dari hal YB Tian Chua dan YB Seng Giau

June 17, 201117 JUN — Pada majlis perkahwinan anak Salahuddin Ayub di Taman Melewar Kuala Lumpur antara yang beribu hadir saya nampak dari jauh seorang tinggi kurus berpakaian Melayu lengkap masuk ke dewan.

Saya rasa seolah-oleh kenal tapi saya tidak perasan siapa.

Tidak ramai yang berpakaian Melayu bersongkok dan bersaimping melainkan bapa pengantin dan penyambut tamu.

Lelaki itu datang mendekati meja saya dengan wajahnya sentiasa tersenyum. Bersama dengan kami. Bertuah! Rupanya YB Tian Chua, laki-laki Cina yang menjadi Anggota Parlimen Pakatan Rakyat Batu.

Inilah yang menyusahkan tetamu VIP Melayu lain yang kebanyakannya berbaju batik tanpa songkok seperti Dr. Hatta Ramli MP Kuala Kerai dan Mahfuz Umar, Naib Presiden PAS.

Orang Melayu tidak berpakaian Melayu ke majlis itu, Cina Tian Chua pula berpakaian Melayu. Dia tidak nampak kekok berpakaian begitu. Semua yang melihatnya senyum kesenangan dengan caranya berselama.

“Ini yang menyusahkan orang Melayu,” kata Dr. Hatta. “Kita datang berbaju batik, Tian Chua pula nampak macam orang Melayu.”

Saya fikir Dato Ibrahim Ali, pemimpin Perkasa yang tiada tolak bading kuatnya Melayunya itu mungkin payah hendak kata apa dengan penampilan Cina yang berkawan dengan PAS itu. Ibrahim pun kalau ke majlis perkahwinan orang biasa seperti itu berpakaian biasa saja sekali pun dia wira Melayu sekarang.

Tidak berapa lama kemudian masuk pula Dr. Tan Seng Giau, MP Pakatan Rakyat kepung. Dia juga berpakaian kemas, seperti orang Malaysia biasa berkemeja tangan panjang dan bertali leher.

Dia duduk di meja tamu sebelah yang terssedia hidangan dan pingan-pinggannya. Mungkin meja untuk tetamu Melayu kerana tiada sudu dan gerpu. Meja saya ada sudu dan garpu.

YB Seng Giau termangu sedikit hendak memulakan makan. Mulanya disangka tidak bersudu. Pelayan tami, Kassim Sabu, adik Mhamad Sabu, Timbalan Presiden PAS baru datang membawa sudu dan garpu diletakkan di sebelah pinggan Seng Giau.

Tetapi dia bukan mahukan sudu dan garpu. Dia mahu air basuh tangan. “Lebih senang makan dengan tangan,” ujarnya.

Kassim bergegas ke meja sebelah mengambil bekas basuh tangan dan menjurus air ke tangan kanan Dr. Tan. Dia selesa dan berselera makan masakan Melayu itu.

Orang-orang Melayu di meja-meja lain menggunakan garpu tetapi YB yang berkawan dengan PAS ini senang makan dengan tangan.

Kata saya, “Ini semua mencabar kemelayuan semua orang Melayu. Tetamu Melayu makan dengan sudu dan garpu, Cina Seng Giau makan dengan tangan.” Seng Giau tergelak mendengar usikan saya.

Sekali lagi saya teringatkan kemelayuan Ibrahim Ali yang tidak ada di situ.

Kata Mahfuz, “Inilah lebihnya Cina berkawan dengan PAS. Depa boleh pakai baju Melayu, makan dengan tangan. Berpuluh tahun MCA berkawan dengan Umno, mana ada Cina MCA pakai baju Melayu?”

Teringat saya di satu majlis PAS yang dihadiri Dr. Teng Chew Peh sebelum dia jadi pembesar MCA. Kami tidak menyediakan sudu. Nampak seksa sangat dia hendak menjemput dan menyuat nasi. Terpaksa kami mencari sudu untuknya.

Dua Cina yang berkawan dengan PAS, seorang dari PKR dan seorang dari DAP nampak tidak canggung menampilkan diri sebagai orang Malaysia yang patut pada 1Malaysia.

Saya selalu melihat Tuan Chua bersongkok ke majlis orang Melayu apa lagi ketika dia menjiarahi jenazah di kawasannya. Tetapi bersamping baru sekali itu.

Saya cuba membayangkan kiranya selepas ini Tian Chua berpakaian begitu ke Parlimen. Sekali seminggu dan dari semasa ke semasa. Boleh memalukan Speaker. Speaker pun jarang berpakaian Melayu. Bagaimana mana Tian Chua lebih kerap berpakaian Melayu dari Ibrahim Ali.

Menteri-Menteri pun hari Jumaat saja berbaju Melayu. Kalau hari-hari lain Tain Chua pula berpakaian Melayu, bagaimana?

Saya tidak dapat bayang bagaimana kelurunya orang Melayu terutama Umno kalau Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menggalakkan orang-orang DAP berpakaian seperti Tian Chua dari semasa ke semasa atau sekali sekala?

Akan pengsan masing-masing kalau Karpal Singh masuk Dewan Rakyat berpakaian Melayu. Tidak hilang Sikh, Cina dan Indianya bagi mereka berpakaian Melayu ke majlis rasmi.

Bukan suatu yang mustahil pemimpin Pakatan Rakyat membiasakan pendekatan berkebudayaan Melayu dalam membentuk masyarakat Malaysia yang tidak perkauman.

Ia permulaan bagi bukan Melayu yang baru saja berkawan dengan PAS, tetapi tidak dapat dilihat dari MCA dan Gerakan yang sudah lama bersama dengan Umno. Cina Tian Chua dan Cina Seng Giau memang lain dari Cina MCA. - TMI

oleh : Subky Latiff

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive