20 June 2011

Zul Kulim bohong - Muhammad Nur

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.

Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.

Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.

“Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.

“Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah,” katanya.

Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya habawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.

“Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.

“Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau,” kata Muhammad Nur.

Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.

Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.

Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.

“Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

“Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu,” kata Muhammad Nur.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15523

4 comments:

maie1958 said...

aku tengok muka zul kulim pun macam lahanat aja,orang umnogok kau bolih tipu la....nasib kau la labu nak kena humban dalam sungai kulim...

sapien said...

oooi datuk ni. Mana layak title datuk main tipu-tipu. Sat gelaran kena tarik tak ka rugi.

Anonymous said...

Zul sebenarnya dah jadi munafik.Kan dia dah mengaku membakar masjid india dulu serta rosakkan kereta orang awam.Sejahat jahat orang islam dia tak bakar atau rosakan masjid yang di kenali sebagai rumah Allah tapi zul dengan bangga mengaku dia dah rosakkan masjid india. Kalau masjid pun dia sanggup rosakan so cakap dan sumpah dia langsung tak boleh dipercayai lagi.Kebenaran siapa Zul telah terserlah.

Anonymous said...

memang dia ni kaki temberang pun.masa dlm PKR dia klentong pnyokong PKR,skrg ni dia nk klentong audience yg lbh bsar.1malaysia bro!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive