07 July 2011

BERSIH 2.0 : IGP : Pi buat di luar KL la ....

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu.

"Saya cadangkan kepada mereka untuk berhimpun di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. Ia boleh menggangu lalu-lintas, perniagaan dan orang awam yang tidak terbabit dengan perhimpunan itu.

"Saya cadangkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor juga telah membuat tawaran,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

Namun katanya, Ambiga adalah “degil” dan menolak tawarannya itu.

"Malaysia besar, mengapa anda mahu memilih di tengah bandar dan menggangu orang lain?

"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalakan mesej anda dapat disampaikan.

"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.

"Jika ingin menyampaikan mesej, katakan anda berada di stadium di Pahang, ia tidak bermakna anda tidak boleh menyampaikan mesej?”

Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.

Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.

1 comment:

Anonymous said...

sya pula mencadang kn KPN letak jawatan dn pergi belajar undang2.antara kempen dgn pertubuhan pun tk tau nk beza.Flotila ke Gaza tu brdaftar ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive