Ia berikutan pertemuan Timbalan Perdana Menteri bersama 100 ahli parlimen BN semalam yang dilihat sebagai langkah awal Tan Sri Muhyiddin Yassin meluaskan pengaruhnya.
Malah Muhyiddin juga meluluskan geran segera sebanyak RM100,000 bagi setiap ahli parlimen BN yang ditemuinya- satu tindakan yang dianggap membelakangkan Najib.
“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya konspirasi antara Muhyiddin Yassin bersama ahli parlimen BN (berkenaan),” kata Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard.
Menurutnya, ia merupakan proses awal untuk menyingkirkan Najib kerana dianggap gagal memperbaiki rekod buruk BN sejak zaman kejatuhan Paklah, malah dianggap lebih teruk dari mantan PM itu.
Tambahnya pertemuan untuk meluluskan geran berkenaan hanyalah alasan Muhyiddin untuk mendapat sokongan.
Beliau serterusnya mengingatkan usaha untuk memerangkap Najib yang dibuat secara tersirat, termasuk mengheret namanya dalam perbicaraan skandal Scorpene di mahkamah Perancis.
Chegu Bard sebelum ini mendedahkan bahawa Umno berpecah kepada dua kumpulan iaitu Najib yang disokong sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, manakala Muhyiddin mendapat sokongan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.
Zahid Hamidi juga pernah mengumumkan kesedian kerajaan untuk menjadi saksi perbicaraan Scorpene di mahkamah Perancis, yang disifatkan sebagai cubaan untuk mengenakan Najib.
Ia termasuk pendedahan Zahid mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM ketika Najib menjadi menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri.
Tambah Chegu Bard, melalui sumber dalaman umno yang diperolehinya mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kini dianggap sebagai liabiliti kepada parti itu.
“Kerajaan Umno-BN tidak boleh lagi berselindung dengan pergeseran yang jelas berlaku di dalam pentadbiran mereka,”
“Polemik ini dilihat semakin tajam di dalam pentadbiran kerajaan Umno-BN,” kata Chegu Bard kepada Keadilandaily.
Sebelum ini Paklah pernah dipersalahkan apabila lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden Umno selepas Pilihan Raya umum Mac 2008.
Paklah mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan berikutan tekanan hebat dari dalam Umno yang memintanya menyerahkan kuasa kepada Najib yang ketika itu merupakan timbalannya.
Ia juga berikutan desakan Mahathir supaya Abdullah segera berundur dari jawatannya sebagai perdana menteri.
Sebuah laman web popular, Tukartiub.wordpress.com, yang dikendalikan aktivis Hishamuddin Rais, hari ini membuat analisis yang lebih menarik berdasarkan sekeping gambar yang disiarkan media arus perdana.
Analisis itu dilakukan berdasarkan pendekatan ‘semiotik’ atau ilmu untuk memahami tanda ‘makna’ dan ‘imej’ berdasarkan paparan imej.
Gambar tersebut memaparkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, jutawan terkenal Vincent Tan dan Muhyiddin Yassin.
Hishamuddin Rais menimbulkan persoalan mengapa Najib dan isterinya, tidak kelihatan pada gambar tersebut- yang disiarkan di akhbar arus perdana.
“Imej ini amat amat penting kerana ini adalah tanda-tanda bahawa satu kumpulan baru sedang disusun, satu kumpulan baru sedang diatur
bertujuan untuk menolak Rosmah dan Najib keluar,”
“Tak ada Rosmah dan Najib di sini makna yang cukup besar ini kerana madey (Mahathir) adalah orang yang menaikkan Najib
ertinya madey kini telah tidak lagi menyokong Najib, justeru Vincent Tan tahu lalu Rosmah dan Najib tidak dijemput,” tulis Tukar tiub.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17813
No comments:
Post a Comment