03 August 2011

Kempen media secara haram - Kerajaan digesa jelaskan perlantikan FBC Media

YB Nik Nazmi

Sarawak Report telah mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah melantik sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menjalankan kempen media secara haram bagi mempromosikan dasar-dasar mereka.

Blog tersebut mendedahkan bahawa FBC Media dibayar sebanyak RM15 juta setahun oleh Kerajaan Sarawak. Ini berikutan pendedahan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Pejabat Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009 sementara RM42 juta lagi dibayar untuk “Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public Relations and Press Outreach” mengikut bajet tambahan terkini.

Dokumen-dokumen Kerajaan Amerika Syarikat turut mendedahkan bahawa FBC Media membayar APCO sebanyak AS$70,000 sepanjang dua tahun lepas untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Peranan bercanggah FBC Media sebagai penerbit TV dan firma komunikasi strategic menimbulkan persoalan memandangkan mereka menerima bayaran daripada Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menerbitkan program TV yang berat sebelah dan ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak juga mesti menjelaskan mengapa mereka telah memilih taktik terdesak membelanjakan jutaan ringgit wang pembayar cukai untuk terbabit di dalam kempen media secara haram.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive